Saturday, 15 December 2018

BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Menurut Stonerr (1984) pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins, 1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Abdullah Sani Yahya, 2003).
Pengurusan ialah aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Bab ini menyatakan pengurusan pembelajaran dan perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar. Bab ini juga menyedari kepentingan pengurusan dan pembelajaran, konsep mengurus pembelajaran, perpektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian pengurusan pembelajaran.

ISI PENTING

Konsep mengawal ialah mengawal peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti kumpulan, mengawal murid bermasalah peribadi, dan mengawal suasana bilik darjah. Konsep merancang pula adalah untuk merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid, merancang startegi dan kaedah pengajaran yang efektif, merancang bahan bantuan pengajaran yang lebih berkesan, dan merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar jelas dengan pelajaran yang mereka belajar.
Selain itu, konsep mengarah merupakan mengarah murid supaya duduk diam dan menumpukan perhatian kepada pengajaran, mengarah murid untuk menjawab soalan, mengarah murid menguruskan tugasan harian bilik darjah, dan mengarah murid untuk mematuhi disiplin yang telah ditetapkan. Manakala pengalaman bermaksud yang kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar. Sebagai contoh, ulang pelajaran yang lepas, sesi soal jawab. Penting dalam membantu pelajar memahami sesi pembelajaran yang dijalankan. Merancang pemikiran pelajar dengan soalan. Fikir bersama, ramalan, cabar minda pelajar.
Pengurusan dan pembelajaran pelajar yang berkesan mencakupi tiga aspek iaitu keperluan fisiologi, pengurusan masa dan iklim bilik darjah. Fisilologi yang dikenal pasti terhadap pelajar biasanya ialah tahap pembelajaran, keluarga, tingkah laku dan emosi. Pengurusan masa pula membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran dengan masa yang sama. Jadual waktu juga perlu mengambil kira kebolehan pelajar iaitu sejauh mana pelajar dapat mengekalkan fokus dalam kelas serta bukan sahaja pelajar, malah guru juga perlu mengelakkan pembaziran masa. Iklim bilik darjah pula merangumi pencahayaan yang cukup, perabit yang selesa dan mencukupi serta aliran udara yang baik dan lancar.
Menurut Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail (2013), dalam konteks pengajaran bahasa pula, unsur humor akan menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Guru perlu menggunakan bahasa yang berupaya menzahirkan perasaan lucu, penggunaan grafik seperti kartun dan bahasa tubuh yang boleh menimbulkan suasana yang menyeronokkan kepada murid. Oleh itu, guru perlu menggunakan unsur yang sesuai bagi menarik minat atau fokus perlajaar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Aliran teknikal ini adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga). Aliran teknikal ini juga membantu dalam bidak pekerjaan yang dikehendaki.Tambahan pula, aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang memperoleh pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Aliran ini membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran yang efektif amatlah penting untuk proses pembelajaran yang berkesan. Selain daripada guru-guru, ibu bapa turut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam proses pengurusan pembelajaran pelajar.




RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya. (2003). Mengurus Sekolah. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 3 (2). pp. 49-63. ISSN 2180-4842

Ahmad Mahdzan Ayob. (1992). Kaedah penyelidikan sosioekonomi (Edisi ke-2). KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

James A. F. Stoner. (1984). Administracion. Prentice-hall Internacional.

Stephen P. Robbins. (1984). Management: Concepts and Practices, Volume 1. Prentice-Hall




BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

PENGENALAN

David M. Traversi (2007) menyatakan bahawa faktor kepimpinan adalah factor yang membezakan antara sesebuah organisasi yang berjaya atau tidak. Hal ini kerana segala keputusan yang dibuat untuk organisasi akan bergantung kepada visi dan misi yang ditetapkan oleh pemimpin dalam sesuatu organisasi. Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhinya” (Gordon, 955).
Manakala organisasi pula adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003).

GAYA KEPIMPINAN

1.      Autokraktik

Gaya kepimpinan autokratik banyak memberi arahan dan semua keputusan hanya dibuat oleh dirinya seorang. Pemimpin dengan gaya sebegini sangat mengutamakan hierarki dirinya sebagai seorang yang mempunyai kuasa. Selain itu, pemimpin jenis ini juga cenderung untuk mengawal semua kuasa yang diberikan kepadanya.Segala perancangan, tindakan dan keputusan hendaklah ditentukan olehnya.Selain itu, pemimpin jenis ini tidak berminat melibatkan diri bersama-sama kakitangan bawahannya dalam melaksanakan sesuatu aktiviti, tetapi hanya memberikan arahan. Gaya kepimpinan autokratik ini sudah tidak releven dalam persekitaran organisasi ketika ini. Walau bagaimanapun, ada kalanya gaya ini perlu digunakan sekali sekali terutamanya ketika berlakunya krisis besar di mana keputusan perlu dibuat dengan kadar segera tanpa memerlukan persetujuan banyak pihak (Ismail, 2008).

2.      Demokratik

Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik merupakan seorang pemimpin yang selesa melibatkan semua pihak dalam membuat sesuatu keputusan mahupun tindakan. Pendekatan yang sering digunakan oleh pemimpin sebegini adalah melalui perbincangan dan mesyuarat di mana akan berlakunya proses penurunan tugas kepada kakitangan bawahannya. Bukan itu sahaja, kakitangan juga akan diberi kebebasan untuk melaksanakan sesuatu keputusan atau tindakan mengikut cara masing-masing. Pemimpin jenis ini beranggapan bahawa tiada apa yang mampu dilakukannya seorang diri, sebaliknya percaya bahawa penglibatan menyeluruh ahli kumpulan adalah kekuatan utama sesebuah organisasi. Melalui pengagihan tugas dan kuasa, semua pihak akan berasa lebih yakin dan berlapang dada dalam menjalankan tugas masing-masing yang mana secara tidak langsung dapat menjamin operasi organisasi berjalan dengan lancar dan berdaya maju (Ainon, 2003). Oleh kerana kepimpinannya bersifat membantu, pemimpin jenis ini akan sentiasa dihormati dan dihargai tanpa mengira waktu dan situasi.

3.      Laissez Faire

Gaya kepimpinan lepas-bebas (Laissez-Faire) pula merupakan sejenis gaya kepimpinan yang memberi kebebasan penuh kepada kakitangannya dalam segenap aspek. Apa yang dipentingkan oleh pemimpin jenis ini adalah pada akhirnya mereka berjaya mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama. Bagaimana keputusan dibuat, atau bagaimana dilakukan, semuanya diberikan kebebasan penuh kepada kakitangan tanpa ada bimbingan dan campur tangan daripada pemimpin. Prinsip yang dipegang oleh pemimpin sebegini ialah kakitangan dilihat sebagai individu yang sudah dewasa dan mampu membezakan baik-buruk atau betul-salah sesuatu perkara. Gaya kepimpinan ini akan menyebabkan sesebuah organisasi itu dilihat seolah-olah tiada pemimpin kerana masing-masing bekerja dan bertindak mengikut cara dan keselesaan masing-masing. Gaya kepimpinan Laissez-Faire sangat tidak sesuai digunakan untuk organisasi yang besar kerana melibatkan proses kerja dan aktiviti yang sangat kompleks selain impak maksimum yang sukar ditangani sekiranya hasil yang diperoleh adalah tidak memberangsangkan. 

4.      Instruksional

Kepemimpinan pengajaran atau kepemimpinan instruksional merujuk kepada satu cara untuk menterjemahkan wawasan ke dalam kurikulum formal dengan mengoptimumkan segala sumber yang ada melalui strategi pendidikan dan memastikan bahawa rancangan pendidikan dilaksanakan dengan efektif (Abdul Ghani, Abdul Rahman & Mohammed Zohir, 2008). Kualiti kepimpinan instruksional dalam pendidikan adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran yang menyeluruh dalam menangani isu, matlamat dan kepentingan pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan negara. Pendidikan di Malaysia juga turut mengalami perubahan yang berterusan seiring dengan falsafah pendidikan negara. Semua perubahan yang berlaku mengarah kepada pendidikan yang berkualiti untuk merealisasikan Wawasan 2020 (Aminuddin, 1989). Pemimpin pendidikan seperti pengetua atau guru besar perlu memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional dan pada masa yang sama perlu memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum.

5.      Transformasi

Dalam konteks pendidikan, pengamalan ciri-ciri kepimpinan transformasi (karismatik, inspirasi motivasi, stimulasi intelektual dan perhatian individual) oleh ketua sekolah secara positif dapat menunjukkan sikap bertanggungjawab beliau dalam memimpin semua warga sekolah ke arah yang lebih baik. Kesesuaian pengamalan kepimpinan tranformasi di sekolah dapat membantu ketua sekolah menetapkan fokus warga sekolah ke atas matlamat yang ditetapkan dan mengelakkan daripada tersasar dari misi dan visi sekolah.

ORGANISASI SEKOLAH


Gambar 1: Carta Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia


Gambar 2: Carta Organisasi Sekolah

KEPIMPINAN GURU

Bidang Tugas

1.1  Pengetua
Ø  Pemimpin/Ketua
Ø  Pengurus kurikulum dan kokurikulum
Ø  Pengurusan tenga pengajat dan kakitangan
Ø  Pengurusan dalaman dan luaran

1.2  Penolong Kanan
Ø  Mengajar
Ø  Membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum
Ø  Bantu dalam pentadbiran harian



1.3  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Ø  Mengajar
Ø  Pengurusan kebajikandan disiplin pelajar
Ø  Kemasukan dan pendaftaran pelajar
Ø  Perhubungan awam tugas-tugas lain

1.4  Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Ø  Mengajar
Ø  Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
Ø  Perhubungan awam
Ø  Pentadbiran harian
Ø  Tugas-tugas lain

1.5  Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Ø  Menyusun program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
Ø  Memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
Ø  Membuat rancangan tahunan sekolah

1.6  Guru Kelas
Ø  Buku daftar kedatangan
Ø  Pengurusan yuran khas
Ø  Perkara-perkara akademik
Ø  Bantuan kewangan
Ø  Biasiswa
Ø  Tugas-tugas lain

KESIMPULAN

Kepimpinan dan organisasi sangat penting dalam membangunkan sesebuah organisasi yang berkesan. Dalam sesebuah organisasi, amatlah perlu untuk pemimpin dan ahlinya saling bantu membantu. Dalam konteks sekolah, pengetua berperanan sebagai pemimpin, penolong-penolong kanan dan guru serta kakitangan yang lain juga mempunyai peranan masing-masing untuk sama-sama menjadi sekolah sebagai organisasi yang baik.

RUJUKAN:

Abdul Aziz Md. Noor. 2003. An investigation into the headship training programme for                aspiring primary school headteachers.  PhD Dissertation, University of Bristol.

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir Ahmad. (2008).              Gaya-gaya kepimpinan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional                    Publishing Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. (2003). Teori dan teknik kepimpinan: Panduan aplikasi di tempat kerja         . Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

David M. Traversi (2007), “Eight Drivers of the High-Impact Leader”. Retrieved              September 10, 2008 dari  http://www.leader values.com/Content/detail.asp?ContentDetailID=1308

Gordon, T. (1955) Group-centered leadership – a way of releasing the creative power of               groups, Boston: Houghton Mifflin.

Gunter, H. 2001. Leaders and leadership in education. London: Paul Chapman                  Publishing.

Ismail Mustafa. (2008). Kepimpinan pendidikan: Teori dan amalan. Jitra: Pure Honey                    Entrprise.

Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L. L., & Ecob, R. 1988. School matters: the junior                    years, somerset, open books. Cetakan tahun 1995. London: Paul Chapman.

Robbins, S.P. (2003). Organisational behaviour (10th ed). San Diego: Prentice Hall.




BAB 5 : PENGURUSAN MURID

Menurut Michael dan Jones (2018) pengurusan merupakan  proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi. Pengurusan di klasifikasikan sebagai satu bentuk tindakan dalam penyusunan terhadap kelompok atau kumpulan supaya lebih tersusun dan teratur. Manakala Snel dan Bateman (2000) telah menyatakan bahawa pengurusan adalah  proses bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai matlamat organisasi. Ini menunjukkan bahawa pengurusan sangat penting dalam melicinkan pentadbiran dari pelbagai skop sama ada di dalam sector awam mahupun sector swasta.
            Murid merupakan individu yang menerima ilmu pengetahuan sama ada di sekolah mahupun di institusi pendidikan.  Dalam Abu Ahmadi(2003)  telah  menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau individu.
            Pengurusan murid boleh di definisikan sebagai satu proses dalam mengumpul rekod pengurusan pelajar di sekolah. Maklumat murid yang perlu dikumpul serta direkodkan adalah profil murid dan ibu bapa atau penjaga, enrolmen, kehadiran pelajar di sekolah. bantuan dan kebajikan pelajar, pendaftaran pelajar, peralihan dan tingkatan 1,pendaftaran prasekolah masalah disiplin pelajar serta rekod bagi pelajar yang menetap di asrama.
            Di dalam menguruskan hal ehwal murid, guru kelas memainkan peranan penting dalam mengumpul, merekod serta menyediakan rekod pelajar secara sistematik. Tujuan bagi mengurus rekod murid adalah untuk menyediakan maklumat lengkap dan mengenai kemajuan murid dalam segala aspek perkembangan potensi ( intelek, rohani, jasmani dan sosial). Seterusnya adalah sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka serta  panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.
              Selain itu, guru perlu memastikan segala kesediaan pelajar dapat di penuhi. Kesediaan belajar merupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan setiap isi kandungan pelajaran difahami oleh murid-murid. Kesediaan belajar adalah merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat perkembangan. Hal ini adalah kerana, kesediaan belajar dapat diwujudkan melalui perkembangan individu dari segi emosi, intelek, psikomotor dan kematangan murid (Brunner,1966). Sebagai contoh kanak-kanak berfikir secara konkrit pada peringkat perkembangan mereka dan pemikiran konkrit ini digunakan sebagai persediaan untuk mempelajari cara pembelajaran abstrak. Persediaan ini dapat membantu pelajar dalam memahami pelajaran yang baru berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.
Pengurusan murid juga merangkumi bagaimana guru memainkan peranan dalam memotivasikan pelajar. Dalam Zuri dan Aznan (2011) guru perlu memotivasikan murid supaya mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dan dapat membina penghargaan kendiri secara berterusan. Motivasi di bahagikan kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik.motivasi intrinsic merupakan dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran. Sebagai contoh, seorang pelajar suka membaca buku kerana minatnya membaca buku. Motivasi ekstrinsik pula merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar. Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik. Contoh bagi motivasi ekstrinsik adalah seorang murid mengulang kaji pelajaran setelah di marahi oleh ibu bapanya.
            Secara keseluruhan, pengurusan murid ini berfokuskan kepada pelajar. Pengurusan murid amat penting kerana guru dapat mengenalpasti tentang maklumat murid, dapat membantu murid dalam isu yang di hadapi oleh murid setelah merujuk rekod murid, dapat membantu murid dalam meningkatkan pencapaiannya serta dapat meningkatkan motivasi murid tidak kira dalam pelajaran atau sebaliknya.
RUJUKAN
Wilder, M. and Jones, T. (n.d.). The God who goes before you.
Bateman, T. (2000). Management with powerweb. [Place of publication not identified]: Mcgraw-Hill.
Ahmadi, Abu. 2003. Ilmu Pendidikan. Rineka Cipta. Jakarta.
Bruner, J. S. (1966). Toward a Theory of Instruction. Cambridge: Harvard University Press.

Mohd Zuri Ghani. and Aznan Che Ahmad. (2011). Kaedah dan strategi pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN

Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tempat terpenting di sekolah. Lebih penting lagi, bilik darjah dikaitkan sebagai medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.
    Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Oleh itu, guru perlu mempunyai gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Pengurusan bilik darjah juga melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
       Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif. Pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Seorang guru seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa gangguan (Hasani Dali & Mohd Johdi, 2009). Disamping itu, ia mampu mempengaruhi motivasi, tingkah laku serta penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang diurus dengan baik adalah tempat dimana pelajar sentiasa mengambil berat dan bekerjasama di antara satu sama lain, membuat pilihan yang bijak dan sering berusaha untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, menarik dan penting bagi mereka (Levin & Nolan, 2000).

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pembelajaran. Berikut adalah ciri-ciri pengurusan bilik darjah abad ke-21 yang boleh membantu prestasi pelajar :

1)      Kepimpinan Sekolah
2)      Pedagogi Guru
3)      Sokongan ibu-bapa
4)      Penglibatan Murid
5)      Sumber (Media Tools)
6)      4 C’s
·         Creativity
·         Collaboration
·         Communication
·         Critical Thinking

KAEDAH INTERAKSI YANG DIGUNAKAN DALAM BILIK DARJAH

Interaksi ialah proses saling tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Dictionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain. 
Antara kaedah interaksi yang boleh digunakan dalam bilik darjah ialah :
1)      Kaedah interaksi Guru dengan Guru
2)      Kaedah interaksi Murid Dengan Murid
3)      Kaedah interaksi Murid dengan Bahan

Kaedah tersebut digunakan dalam proses Pembelajaran dan Pemudah Cara seperti pelajar diberi peranan sebagai guru dan juga fasilitator dengan menggunakan kemahiran 4K iaitu Kreativiti,Kolaborasi, Pemikiran Kritikal dan juga Komunikasi.


PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan dapat membantu menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat efektif dan juga kondusif.  Menurut Doyle (1983), murid akan belajar apabila mereka mempraktikkan perkara yang diajar dan apabila mereka mempunyai kemahiran berfikir yang baik. Pengurusan Bilik Darjah akan mencapai keberkesanannya apabila :
1)      Guru menunjukkan contoh tauladan yang baik
2)      Terdapat komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah
3)      Suasana yang demokratik dalam bilik darjah
4)      Iklim dan aplikasi dalam bilik darjah yang sesuai dan kondusif
5)      Bilik darjah dijadikan tempat yang seronok dan selamat untuk murid belajar
6)      Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator

KESIMPULAN

Sebagai seorang insan yang bergelar guru, kita hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah serta cara untuk menguruskannya supaya kita dapat membina organisasi didalam kelas dengan baik. Perkara amat membantu seseorang guru untuk menjadi guru yang berkesan dan bermanfaat kepada warga sekolah. Selain daripada itu
      Selain daripada itu, guru juga harus bijak dalam memikirkan cara mengatasi masalah disiplin yang pelbagai yang sering berlaku di dalam darjah. Guru perlu sentiasa berfikir diluar kotak bagi meningkatkan prestasi dan keberkesanan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan sesuai adalah sangat membantu dalam menjadikan suasana belajar itu lebih hidup dan menyeronokkan. Perkara ini akan merangsang minda dan juga emosi murid agar sentiasa merasakan bahwa belajar itu sebenarnya menarik dan menghiburkan.
       Yang terakhir sekali adalah sebagai seorang guru, amat penting untuk kita mempunyai kemahiran membina hubungan untuk mengetahui latar belakang dan minat pelajar agar guru dapat menyesuaikan teknik pembelajaran terhadap murid yang pelbagai. Teknik yang betul dan sesuai akan mampu mebantu murid untuk lebih memahami apa yang telah diajarkan dan tidak akan membuat mereka berasa ketinggalan dengan pelajar yang lain.

RUJUKAN

Noraini Idris dan Shuki Osman (2009). Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Bosch, K. (2006). Planning Classroom Management - A Five-Step Process to Creating a Positive Learning Environment (2nd ed.) California: Corwin Press.

Mohd Hasani Dali dan Mohamad johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik darjah, Dalam Noraini Idris dan Shuki Osman, “Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis”. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Pps 161-188.

Levin, J. dan Nolan, J.F. (2000). Principles of Classroom Management: A Profesional Decision Making Model (3rd ed). Needham Heights: Allyn and Bacon.

Marland, M. (1975). The craft of the classroom: A survival guide to classroom management in the secondary school. London: Heinemann Educational.

Doyle, W. (1983). Academic Work. Review of Educational Research53(2), 159–199. 





PROGRAM KEPIMPINAN MUDA

Program Kem Kepimpinan Muda. Program ini dijalankan di bawah subjek Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kami p...