Saturday, 15 December 2018

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN

Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tempat terpenting di sekolah. Lebih penting lagi, bilik darjah dikaitkan sebagai medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.
    Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Oleh itu, guru perlu mempunyai gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Pengurusan bilik darjah juga melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
       Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif. Pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Seorang guru seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa gangguan (Hasani Dali & Mohd Johdi, 2009). Disamping itu, ia mampu mempengaruhi motivasi, tingkah laku serta penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang diurus dengan baik adalah tempat dimana pelajar sentiasa mengambil berat dan bekerjasama di antara satu sama lain, membuat pilihan yang bijak dan sering berusaha untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, menarik dan penting bagi mereka (Levin & Nolan, 2000).

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pembelajaran. Berikut adalah ciri-ciri pengurusan bilik darjah abad ke-21 yang boleh membantu prestasi pelajar :

1)      Kepimpinan Sekolah
2)      Pedagogi Guru
3)      Sokongan ibu-bapa
4)      Penglibatan Murid
5)      Sumber (Media Tools)
6)      4 C’s
·         Creativity
·         Collaboration
·         Communication
·         Critical Thinking

KAEDAH INTERAKSI YANG DIGUNAKAN DALAM BILIK DARJAH

Interaksi ialah proses saling tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Dictionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain. 
Antara kaedah interaksi yang boleh digunakan dalam bilik darjah ialah :
1)      Kaedah interaksi Guru dengan Guru
2)      Kaedah interaksi Murid Dengan Murid
3)      Kaedah interaksi Murid dengan Bahan

Kaedah tersebut digunakan dalam proses Pembelajaran dan Pemudah Cara seperti pelajar diberi peranan sebagai guru dan juga fasilitator dengan menggunakan kemahiran 4K iaitu Kreativiti,Kolaborasi, Pemikiran Kritikal dan juga Komunikasi.


PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan dapat membantu menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat efektif dan juga kondusif.  Menurut Doyle (1983), murid akan belajar apabila mereka mempraktikkan perkara yang diajar dan apabila mereka mempunyai kemahiran berfikir yang baik. Pengurusan Bilik Darjah akan mencapai keberkesanannya apabila :
1)      Guru menunjukkan contoh tauladan yang baik
2)      Terdapat komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah
3)      Suasana yang demokratik dalam bilik darjah
4)      Iklim dan aplikasi dalam bilik darjah yang sesuai dan kondusif
5)      Bilik darjah dijadikan tempat yang seronok dan selamat untuk murid belajar
6)      Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator

KESIMPULAN

Sebagai seorang insan yang bergelar guru, kita hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah serta cara untuk menguruskannya supaya kita dapat membina organisasi didalam kelas dengan baik. Perkara amat membantu seseorang guru untuk menjadi guru yang berkesan dan bermanfaat kepada warga sekolah. Selain daripada itu
      Selain daripada itu, guru juga harus bijak dalam memikirkan cara mengatasi masalah disiplin yang pelbagai yang sering berlaku di dalam darjah. Guru perlu sentiasa berfikir diluar kotak bagi meningkatkan prestasi dan keberkesanan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan sesuai adalah sangat membantu dalam menjadikan suasana belajar itu lebih hidup dan menyeronokkan. Perkara ini akan merangsang minda dan juga emosi murid agar sentiasa merasakan bahwa belajar itu sebenarnya menarik dan menghiburkan.
       Yang terakhir sekali adalah sebagai seorang guru, amat penting untuk kita mempunyai kemahiran membina hubungan untuk mengetahui latar belakang dan minat pelajar agar guru dapat menyesuaikan teknik pembelajaran terhadap murid yang pelbagai. Teknik yang betul dan sesuai akan mampu mebantu murid untuk lebih memahami apa yang telah diajarkan dan tidak akan membuat mereka berasa ketinggalan dengan pelajar yang lain.

RUJUKAN

Noraini Idris dan Shuki Osman (2009). Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Bosch, K. (2006). Planning Classroom Management - A Five-Step Process to Creating a Positive Learning Environment (2nd ed.) California: Corwin Press.

Mohd Hasani Dali dan Mohamad johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik darjah, Dalam Noraini Idris dan Shuki Osman, “Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis”. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Pps 161-188.

Levin, J. dan Nolan, J.F. (2000). Principles of Classroom Management: A Profesional Decision Making Model (3rd ed). Needham Heights: Allyn and Bacon.

Marland, M. (1975). The craft of the classroom: A survival guide to classroom management in the secondary school. London: Heinemann Educational.

Doyle, W. (1983). Academic Work. Review of Educational Research53(2), 159–199. 





No comments:

Post a Comment

PROGRAM KEPIMPINAN MUDA

Program Kem Kepimpinan Muda. Program ini dijalankan di bawah subjek Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kami p...