BAB 7: PENGURUSAN PUSAT SUMBER
PENGENALAN
Pusat
sumber sekolah (PSS) merupakan penjana pembentukan masyarakat yang berilmu
pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan abad
ke-21. Peralihan paradigma pembelajaran alaf baharu ini memberikan impak yang
positif kepada kreativiti dan fleksibiliti pusat sumber sekolah ke arah abad
ke-21. Adalah menjadi dasar dan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
meningkatkan mutu pendidikan di negara ini sehingga mencapai pendidikan
bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu, perjawatan Guru Perpustakaan dan Media
(GPM) telah dapat memberi fokus ke arah memantapkan PSS sebagai pusat sumber
sekolah bercirikan abad ke-21 di Malaysia. Pelantikan GPM (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 3/2005 bertarikh 18 Julai 2005 – Penyelarasan Waktu Mengajar bagi
Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media) merupakan satu usaha
kementerian untuk memantapkan pengurusan PSS.
PENGURUSAN
PUSAT SUMBER
Pusat
sumber sekolah (PSS) merupakan pusat mengakses maklumat yang mengandungi
pelbagai sumber cetak dan bukan cetak, elektronik dan digital yang diurus
secara sistematik bagi menyokong kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dasar
pengurusan PSS diwujudkan ialah untuk memastikan PSS mempunyai koleksi yang
menepati piawaian, terkini, diurus dengan cekap dan berkesan serta digunakan
secara optimum. Pengurusan PSS merangkumi elemen perolehan dan pemprosesan
bahan, perkhidmatan, pengesanan dan pendokumentasian sesuai dengan perkembangan
teknologi masa kini. PSS diurus melalui pengurusan kualiti secara menyeluruh
(Total Quality Management).
Pengurusan
ialah mengurus sesuatu yang melibatkan cara mengurus, selok- belok kerja dan
tanggungjawab pengurus / orang yang melaksanakan. Menurut Brech mendefinisikan
pengurusan sebagai satu proses sosial untuk menentukan tanggungjawab bagi
keberkesanan perancangan dan pelaksanaan sesebuah organisasi. Manakala menurut
Henry Farol menyenaraikan 5 aspek utama dalam pengurusan, iaitu merancang, mengelola,
mengarah, mengawal, dan menyelaras. Maka Pengurusan ialah proses perancangan, penyusunan,
pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ali organisasi dan menggunakan semua
sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Manakala ,sumber ialah bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan
sesuatu.
OBJEKTIF
PELAKSANAAN PUSAT SUMBER
Menggalakkan
pelbagai aktiviti pembelajaran di PSS. Guru-guru digalakkan menggunakan
kemudahan pusat sumber sekolah dalam aktiviti yang berkaitan dengan
pembelajaran. Aktiviti galak guna dapat meningkatkan pembelajaran kendiri dan
pencarian maklumat dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di PSS .
Meningkatkan
tahap pembacaan melalui pelbagai sumber PSS menjadi pemangkin kepada
pembelajaran kendiri dengan memperbanyakkan bahan bacaan berbentuk cetak, bukan
cetak dan digital. Kepelbagaian sumber pencarian maklumat dapat mewujudkan
suasana kondusif dan menggalakkan murid membuat rujukan dengan berkesan.
Kemenjadian
murid Pembelajaran dan kemahiran mencari
ilmu melalui pelbagai sumber dapat menggalakkan murid mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat. Hal ini membolehkan mereka bersedia mengikut proses
pembelajaran dan seterusnya bersedia untuk bersaing dalam dunia pekerjaan.
FUNGSI
PUSAT SUMBER
·
Merancang dan
mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas
kini selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah
·
Menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan
·
Memberi panduan
dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan
penggunaan maklumat
·
Menyediakan
kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi
·
Menjalin
perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan
CIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER
Aktiviti
pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan dan melibatkan pelajar
belajar secara aktif dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan
pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat
ditingkatkan. Pembelajaran Berasaskan Sumber memberi
peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan serta lebih fleksibel dalam
penggunaan waktu dan ruang belajar dalam mengembangkan sikap yakin kepada diri
sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
SISTEM
PENGURUSAN PUSAT SUMBER
•
Susun Atur Pusat Sumber
•
Jenis Pelayanan Pemakai:
-
Sirkulasi.
-
Referensi.
-
Pendidikan Pemakai
•
Sistem Klasifikasi
•
Kelengkapan luaran buku
•
Inventarisasi
•
Belanjawan Buku
BAHAN
DAN PERKAKASAN
Dalam
sebuah pusat sumber, sumber boleh dibahagikan kepada:
1.
Perkakasan (hardware)
2.
Bahan (software)
- Bahan cetak
* Buku * Bahan Khusus *
Terbitan berkala
-
Bahan bukan cetak
*
Perkakasan * Perisian * Carta
*
Permainan * Audio * Bahan tiga segi
*
Lutsinar * Video dll.
KESIMPULAN
Pengurusan
sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran. Bukan itu
Pengurusan pusat sumber amat penting kerana merupakan salah satu bantuan dalam
sistem pembelajaran kepada murid-murid untuk mencari sumber rujukan pembelajaran. Pelaksanaan PSS abad ke-21
lebih tertumpu kepada kualiti penggunaan dan peningkatan PSS secara optimum
serta memberi tumpuan kepada pemerolehan ilmu dan literasi maklumat. PSS
dirancang dan disusun mengikut keperluan semasa. Pelaksanaan ini diharapkan
dapat membantu dan menyokong pembelajaran abad ke 21.
RUJUKAN
Wan
Zakariah bin Wan Ismail. (1996). Pengaruh penggunaan pusat sumber perpustakaan
sekolah di sekolah-sekolah menengah daerah Kota Bahru, Kelantan Darulnaim.
Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Halimah
Badioze Zaman (1991) Satu Kajian Tentang Kemudahan dan Masalah Perpustakaan
Sekolah Dalam Mempergiatkan Fungsinya Sebagai Sumber Maklumat. Jurnal
Pendidikan, Vol 16,pp 57 - 74.
No comments:
Post a Comment