Siapa aku kalau aku bukan di ISMP Bimbingan &
Kaunseling ini? Bolehkah aku bertahan sejauh ini kalau aku bukan di UPSI
sebagai pelajar kaunseling? Tidak, aku pasti tidak jawapannya.Aku harapkan
kisah ini mampu menjadi renungan si pembaca yang berhati mulia, yang sudi
menghayati cerita.
Aku pernah memohon untuk masuk ke universiti
lain, tapi hampir kesemua yang aku pohon tidak diterima. Dan ya, UPSI lah
tempat aku berbakti kerana aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di
peringkat degree dalam bidang yang telah ku sebutkan. Sepanjang
dua tahun aku di sini banyak benda yang berlaku. Program, aktiviti seharian,
kuliah, semua aku tempuh. Macam-macam ragam manusia yang aku jumpa. Dari kelas
bawahan mahupun yang berautoriti. Apa yang ingin dikisahkan di sini adalah aku
juga manusia, mereka juga manusia. Banyak perkara yang dilalui. Ketawa, tangis,
gembira, duka semua dilalui. Tapi aku kira tu semua proses pembelajaran. Di mana
di siniaku banyak belajar untuk menjadi seorang yang bakal menerajui sistem
pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang berjiwa luhur.
Aku menganggap semua masalah yang dihadapi di
sini sebagai titk mula yang menentukan sama ada aku mahu terus melangkah atau
terus rebah. Dengan memegang satu kata-kata dari seorang yang menjadi idola
hisupku “Lakukan kerana Allah, kalau Allah redha, semua yang kita buat pasti
mendapat ganjaran daripada-Nya”. Dan sebab itu aku tidak putus asa hingga ke
hari ni. Aku tak mahu kisah perjalanan hidupku dalam proses pembelajaran
terhenti di sini kerana aku mahu terus menimba dan mencari ilmu yang boleh
membawa aku ke jalanNya. Dengan ada kata-kata dari pensyarah di sini, “Andai
ingin berehat, biarlah bila kita sudah capai ke tujuan kita”. Oleh itu, aku
mahu, dan mahu terus berusaha hingga aku berjaya.
Sebagai seorang bakal pendidik dan juga bakal
guru bimbimngan dan kaunseling, aku tidak mahu mengambil jalan mudah untuk berjaya.
Kerana setiap waktu yang terlepas, aku akan membazirkan sebuah pengalaman yang
patut aku timba untuk dijadikan sebuah plot cerita tatkala tua. Ini merupakan
permulaannya di mana aku akan terus berusaha hingga berjaya.
Kalau bukan pelajar bimbingan dan kaunseling aku
bukanlah siapa-siapa dalam mengejar erti kehidupan belajar. Ya aku tahu, orang
akan berkata di mana-mana boleh menimba ilmu. Tapi bagi aku, peluang yang aku
peroleh ini tidak semua mampu miliki dan aku amat menghargainya kerana
orang-orang yang aku jumpa dalam tempoh pengajian ini telah banyak menyajar aku
erti mencari realiti kehidupan yang penuh liku. Dibenci, dihina, dikutuk,
ditikam dari belakang, itu menjadi perkara yang akan memberikan aku pengalaman
besar dalam berurusan dan berhubung dengan manusia. Aku tidak boleh menyalahkan
sesiapa. Kerana setiap orang bermacam ragamnya. Fokus pada kemampuan diri dan
cuba pertingkatkannya, itulah aku. Dan itulah yang sedang aku lakukan sehingga
sekarang. Aku yakin aku mampu menyatukan hati-hati manusia yang bermacam ragam
ini walapupun tidak semua yang boleh terima tetapi setidaknya ada sesuatu yang
boleh dilakukan.
Kerana itu, aku mungkin tidak memperoleh banyak
pengalaman seperti ini kalau bukan di sini tempatku…
No comments:
Post a Comment