Monday, 31 December 2018

PROGRAM KEPIMPINAN MUDA


Program Kem Kepimpinan Muda. Program ini dijalankan di bawah subjek Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kami pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling semester 4 menjalankan program ini di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua, Selangor Darul Ehsan. Pada 17 November 2018 (sabtu) ianya berlangsung. Mempunyai 4 slot dijalankan. Program kepimpinan ini merupakan satu pendekatan dalam bimbingan dan kaunseling yang digunakan untuk memberi pendedahan dalam bimbingan dan kaunseling yang digunakan untuk memberi pendedahan yang terancang kea rah pembentukan sikap yang positif, melahirkan keyakinan diri yang mantap, serta meletakkan aspek nilai murni bagi membentuk pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan berkaliber dalam memimpin. Program ini juga mampu membentuk kepimpinan pelajar-pelajar berteraskan sahsiah. Dalam melakukan pelbagai aktiviti seperti slot “ada apa pada nama” ianya mampu membina jati diri pelajar untuk lebih kuat dan hebat sebagai seorang pemimpin pada masa akan datang. Kami merancang untuk pelajar-pelajar dengan melaksanakan program kepimpinan untuk melahirkan “role model” berkempinan yang berkaliber.

Image result for leadership

            Di dalam program ini, ianya memberikan kesan yang impak terhadap pelajar-pelajar kerana kebanyakkan pelajar-pelajar ini daripada sekolah kluster. Hasil yang akan didapati melalui program ini adalah melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik dalam kepimpinan pada masa akan datang. Selain itu, ianya juga membina jati diti pelajar yang utuh untuk menjadi pelajar yang lebih berkeyakinan dalam memikul tanggungjawab dan amanah yang dipegang. Membantu pelajar untuk menjadi suri teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain berteraskan aspek toleransi dan berintegriti. Program ini juga mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar yang mempunyai permasalahan untuk berhadapan dengan orang ramai. Untuk menjadi pemimpin kita perlu berani dalam berhadapan dengan semua orang, kerana ianya salah satu cara untuk kita menjadi pemimpin yang di hormati dan mempunyai banyak kelebihan. Program ini juga bukan sahaja menjadikan pelajar-pelajar berani, tetapi ianya mengajar bakal-bakal pemimpin ini untuk menjadi pemimpin yang merendah diri dan sentiasa menerima semua orang di sekeliling mereka. Untuk menjadi pemimpin, kita perlu menambah ilmu dan meningkatkan kelebihan yang ada dalam diri pelajar-pelajar.
Semasa program kami banyak melakukan aktiviti senaman dan juga “ice-breaking“ untuk kami menarik perhatian mereka dan merapatkan hubungan antara murid sekolah rendah dengan kami. Bukan itu sahaja dalam aktiviti kami memerlukan tenaga yang lebih kerana murid-murid yang begitu aktif sepanjang aktiviti. Aktiviti pertama adalah “ice-breaking” di mana kami menggunakan nama haiwan untuk pembahagian kumpulan agara mereka lebih rapat dan kenal anatara satu sama lain. LDK yang kami gunakan ialah ‘Ada Apa Pada Nama’ dimana aktiviti mengajak murid-murid untuk mengenal rakan dan juga diri mereka dari sudut positif dan bagaimana mereka melihat diri mereka adakah positif mahupun negatif. Kebanyakan murid memberikan respon yang baik tentang aktiviti ini.
Seterusnya. “Pandang-pandang, Cerita-cerita, Lukis-lukis” aktiviti yang menguji kepercayaan dan juga kefahaman mengenai sesuatu perkara yang memerlukan komunikasi dan juga penyelidikan yang lebih dalam. Sebagai pemimpin kita seharusnya meneliti sesuatu khabar agar tidak tersalah membuat keputusan dalam membela kebenaran. Akhir sekali adalah ‘siapakah Dia’ aktiviti yang menutup mata dan mereka harus mendengar arahan ketua mereka sahaja dan akan ada halangan-halangan dalam mereka melalui jalan untuk sampai ke destinasi. Jadi mereka perlulah mendengar arahan ketua tanpa ada sikap prejudis, tidak menghormati dan sebagainya dalam menjayakan sesuatu misi tersebut. Kami juga melakukan aktiviti “energizer” untuk murid-murid bagi menaikkan semangat agar mereka tidak berasa bosan dalam mengikuti aktiviti ini. Bahkan kami juga menerapkan sikap hormat-menghormati sesama mereka sebagai pemimpin muda.
Sebelum program dijalankan, saya mendapati beberapa perkara yang membuatkan diri saya masih tertanya-tanya mengenai program yang perlu dijalankan bagi melengkapi kehendak tugasan kami ini. Saya tertanya-tanya mengenai tema yang ingin dibawa sewaktu ingin menjalankan program yang dirancang. Selain itu, saya agak bimbang kerana ini merupakan program luar yang memerlukan kami untuk bekerjasama dengan sekolah dan menyampaikan ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Tambahan pula setelah mengetahui bahawa sekolah yang akan kami laksanakan program adalah sekolah jenis kluster.

Image result for leadership quotes

Saya amat berterima kasih kepada rakan sekerja saya yang lain kerana saling memberikan idea dan ilmu untuk kami bawa ke sekolah tersebut iaitu SK Kuala Kubu Bharu Dua, Selangor. Terdapat juga permasalahan sehari sebelum hari program iaitu kereta yang kami ingin gunakan untuk dijadikan pengangkutan ke sekolah tersebut terlibat dalam kemalangan. Jadi saya agak bimbang kerana urusan kenderaan adalah di bawah tanggungan saya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi pada malam sebelum hari kejadian di mana sahabat saya sudi meminjamkan keretanya untuk kami gunakan. Kereta itu digunakan oleh ahli kumpulan kami dari kalangan pelajar perempuan seramai empat orang manakala kami seramai tiga orang pelajar lelaki menunggang motosikal masing-masing untuk ke sekolah itu sejauh 30 km.
Semasa menjalankan program, kami berasa tertarik dengan murid-murid di sekolah tersebut. Pada awalnya, murid-murid tersebut agak pemalu kerana mungkin mereka masih tidak mengenali kami, namun setelah kami melaksanakan ice-breaking dan senaman pagi, mereka mula menunjukkan minat kepada aktiviti yang kami jalankan sehinggalah ke akhir program. Perasaan saya pada masa itu adalah agak gementar kerana mereka merupakan murid-murid terpilih dalam kalangan pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya dan juga pengawas pusat sumber sekolah. Tambahan lagi mereka adalah murid sekolah kluster. Oleh itu, kami agak berhati-hati dari segi tingkah laku dan layanan kami kepada mereka. Untuk menarik fokus murid-murid ini, LDK yang dijalankan perlu direndahkan tahap capaiannya, hal ini menjadi halangan kepada kami untuk menggunakan perkataan yang tinggi aras kefahamannya.
            Selepas program selesai, saya mendapati terdapat beberapa perubahan yang menyedarkan diri saya sebagai seorang pelajar dan bakal pendidik suatu hari nanti. Kemahiran mengurus program sememangnya suatu yang asas yang perlu saya miliki agar tidak mempunyai masalah bila berada di sekolah suatu hari nanti. Selain itu, program ini membantu saya meningkatkan keyakinan diri untuk berurusan dengan orang ramai dan menarik perhatian orang ramai untuk menumpukan perhatian pada saya. Program ini memberikan banyak manfaat kepada saya lebih-lebih lagi berkaitan dengan ilmu yang ingin disebarkan kepada khalayak ramai.

 Image result for leadership quotes


No comments:

Post a Comment

PROGRAM KEPIMPINAN MUDA

Program Kem Kepimpinan Muda. Program ini dijalankan di bawah subjek Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kami p...