Mengapa Kita Harus Lupakan Untuk Nampak Baik dan Sopan?

Apa salahnya untuk menjadi sopan?

Sepanjang hidup ini, saya selalu dicop sebagai budak sopan.

Selalunya sebab kerana saya ini jenis pendiam, pemalu dan kononnya nampak baik.

Apabila saya fikir dan imbas kembali, sebenarnya menjadi ‘terlalu sopan’ ini kadangkala boleh memberi banyak masalah kepada saya.

Apabila kita berusaha untuk nampak baik dan tidak mempedulikan perasaan serta kehendak kita sendiri, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap diri kita.

Mereka nampak kebaikan dan kesopanan itu satu kelemahan.

Kelemahan yang boleh diambil kesempatan.

Saya rasa ramai orang seperti saya terjebak adalah masalah ini, kerana kita fikir kita seharusnya dan seboleh-bolehnya nampak orang yang sopan dan beradab.
Saya percaya bahawa apabila saya fokus berbuat baik, orang disekeliling tidak akan bercakap tentang kekurangan atau keburukan saya.
Saya sangka mereka hanya akan bercakap benda yang baik-baik mengenai saya.
Sebenarnya saya silap.

Bukan semua orang kisah sangat dengan kebaikan kita pamerkan. Malah dianggap lemah dan mudah dimanipulasi.

Sebenarnya, terlalu sopan santun juga tidak bagus.

Ia menyebabkan banyak kesusahan pada diri dan kesannya kepada orang sekeliling. Ia menghakis diri kita sendiri. Mengapa?

Mari saya terangkan.

Orang sopan selalu kurang jujur

Menjadi sopan bukan sekadar membuatkan kita tidak berterus terang, malah pula menyebabkan kita menjadi penipu.

Ini disebabkan oleh kerana kita merasakan ia lebih baik daripada menyinggung perasaan orang lain.

Jika ada kawan yang mengajak anda keluar malam, dan anda tidak mahu, anda tidak berterus-terang secara jujur apa yang anda rasa.

Tetapi sebaliknya anda berdalih dengan mengatakan, “Sorilah, aku nak ikut, tapi aku kena hantar mak aku pergi.. bla.. bla..”

Selain daripada ‘mengotorkan’ persahabatan, orang yang menipu akan menderita dari segi mental dan kesihatan jasmani, seperti sakit kepala dan mengalami tekanan.

Walaupun kita rasa lega buat sementara dengan menjadi sopan, kita akan langsung tidak selesa.

Stress akan muncul ‘diatas nama sopan santun’ boleh meletakkan tekanan yang tinggi ke atas kesihatan fizikal dan mental kita.

Orang yang sopan selalu dilihat sebagai tidak tegas atau senang dimanipulasi.

Ramai orang yang sopan tidak akan berterus-terang bila mereka tidak mahu atau tidak bersetuju tentang sesuatu perkara.

Sebaliknya, mereka akan melapik ayat mereka atau berpura-pura ok “ikut la, saya tak kisah”,”saya ikut je mana-mana”.

Masalahnya, bila kita selalu berbuat perkara ini bila berhadapan orang lain, kita dengan sendirinya akan mula memendam perasaan sebenar kita.

Cuba lihat contoh didalam discussion group atau mesyuarat.

Kebanyakan daripada kita cenderung untuk mematuhi sesuatu tingkahlaku atau pendapat dalam kehidupan kerana kita rasa ia akan memberi kita peningkatan dari segi penerimaan sosial.

Kita lebih selesa untuk tidak mengeluarkan pendapat dan hanya menyokong pendapat orang lain walaupun pada dasarnya kita kurang bersetuju.

Kita ketagih untuk nampak baik.

Kita tidak mahu kelihatan ganjil di dalam kumpulan, jadi kita hanya bersetuju sahaja dengan pendapat orang lain daripada pandangan diri kita sendiri.

Tetapi untuk menjadi seorang sahabat yang baik, rakan kongsi, suami isteri atau ketua, kita harus untuk berkongsi pandangan kita dan juga mendengar pandangan orang lain.

Transperancy adalah penting. Ada masanya kita harus berterus-terang demi mengelakkan salah faham.

Salah satu cara yang saya dapati boleh membantu menilai semula bagaimana saya rasa tentang persahabatan, kerja, dan juga aktiviti dalam kumpulan, adalah dengan menyenaraikan perkara-perkara yang kita tidak suka dan tidak mahu lakukan.

Walaupun kebanyakan orang mungkin tidak begitu peka kepada perasaan mereka sendiri, aktiviti ini mungkin akan menjadi titik permulaan dalam membantu anda menuntut kembali beberapa pendapat anda.

Masalah utama yang menjadi batu penambat kepada kita adalah budaya ketimuran yang amat menekankan ‘sopan santun’

Kita akan dianggap biadap jika membantah pandangan orang yang lebih tua. Ibu bapa contohnya.

Orang lain akan nampak kita sebagai membosankan

Jika kita hanya berterusan bercakap dan melakukan benda sopan, dan merasa tidak perlu untuk menyuarakan pendirian sendiri, orang lain akan mula memikirkan kita sebagai seorang yang membosankan.

sopan-dan-membosankan
Jika rakan atau rakan sekerja kita memerlukan pendapat, dan kita hanya bersetuju sahaja dengan idea asal mereka setiap masa, pasti mereka rasa lebih baik bercakap dengan cermin.

Penting untuk anda tahu bahawa jika ada seseorang bertanya pendapat anda adalah kerana ambil berat tentang apa yang anda ingin perkatakan.

Tidak kiralah sama ada di rumah atau pun kehidupan profesional di tempat kerja, anda pasti tidak mahu dicop sebagai seorang yang bosan kan?

Oleh itu jangan takut untuk berkongsi pandangan dengan orang lain, kerana mereka akan lebih suka melihat anda sebagai seorang yang dinamik dan unik.

Semua orang layak untuk bersuara. Jangan takut.

Orang baik selalu memberi pujian apabila ia tidak berhak

Memang bagus untuk memberi pujian pada tugas yang dilakukan dengan baik, tetapi ia juga boleh membawa kemudaratan jika tugas yang dilaksanakan oleh seseorang tersebut sebenarnya tidak benar-benar cemerlang.

Bukan sahaja anda merosakkan maklum balas pembetulan yang diperlukan orang ini, malah anda juga akan merosakkan harga diri mereka apabila mereka tahu bahawa apa yang anda katakan selama ini hanyalah untuk berbasa-basi.

Adalah amat penting bagi setiap orang yang berada dalam setiap level kedudukan kepimpinan sekali pun untuk tidak fokus sangat menjadi pemimpin yang bersopan santun, tetapi sebaliknya memberi tumpuan untuk menjadi pemimpin yang kuat dan tegas.

Ini tidaklah bermakna bahawa anda perlu menjadi seorang pemimpin yang zalim; anda cuma hanya tidak perlu melayan emosi semua orang seperti mereka ‘kulit telur’. (terlalu berhati-hati dan berjaga-jaga)

Saya dapati cara yang terbaik untuk memberi kritikan tanpa mengguris perasaan adalah dengan menggunakan pendekatan “sandwich“.

Pendekatan sandwich adalah dengan memberikan pujian yang jujur mengenai topik pada waktu itu dan diikuti dengan kritikan (membina) serta seterusnya diakhiri dengan kata-kata pujian untuk mengambil hati.

Walaupun terdapat perdebatan mengenai keberkesanan kaedah itu, secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah. Ia selalu berkesan.

Apa yang penting adalah bahawa anda memberikan maklum balas yang realistik, bukan sekadar menjadi sopan

Orang sopan selalunya ‘membenci’ orang yang mereka telah buat baik

Yang peliknya, menjadi baik kepada orang sepanjang masa sebenarnya boleh menyebabkan anda tidak suka dan membenci orang-orang yang mendapat manfaat daripada kebaikan anda.

sopan membenci
Sentiasa akur kepada kehendak orang lain boleh menyebabkan anda menjadi tertekan, bekerja lebih keras, dan rasa pahit terhadap orang yang anda bantu.

Inilah yang menidakkan niat asal perbuatan baik yang kita lakukan.

Kita cenderung untuk terjebak pada berkata ‘ya’ kepada orang lain dan bersikap sopan kerana kita fikir ia menjadikan kita orang yang lebih baik dalam cara tersebut.

Secara realitinya, kita tidak jujur dengan orang yang kita bantu.

Kita juga menipu diri kita dan menghadkan diri kita dari  istirehat yang amat diperlukan dan masa untuk diri sendiri.

Penutup

Tujuan saya menulis artikel bukanlah untuk mendakwa bahawa orang yang sopan itu adalah lemah.

Tidak.

Menjadi garang juga tidak bagus untuk kita dan orang sekeliling, tetapi maksud sebenar saya adalah kita harus menilai kembali bagaimana untuk mempamerkan ‘kebaikan’ dan ‘kesopanan’ dari segi perbuatan dan kata-kata kita.

Jika anda benar-benar ikhlas dengan perkara baik yang anda katakan dan lakukan, itu adalah bagus dan patut diteruskan.

Tetapi jika sebenarnya anda tak nak, maka hanya terus berterus-terang tentang apa yang anda rasakan. Semua orang akan faham nanti.

Jangan selalu biarkan diri anda diambil kesempatan.

Anda pasti akan penat dan kecewa!

No comments:

Post a Comment

PROGRAM KEPIMPINAN MUDA

Program Kem Kepimpinan Muda. Program ini dijalankan di bawah subjek Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kami p...