BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK
DARJAH/STUDIO/MAKMAL
Pengurusan bilik
darjah merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan
untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses
pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Manakala aktiviti penyampaian ilmu
juga berjalan dengan lancar dan dapat mencapai objek spesifik sesuatu
pembelajaran.
Definisi pengurusan bilik
pembelajaran (bilik darjah) merupakan satu pembentukan suatu alam pembelajaran
serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai, Mok
Song Sang (2011). Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar
bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1986), persekitaran
fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber
pengajaran guru. Oleh yang demikian, kita dapat melihat bahawa pengurusan bilik
darjah amat penting untuk melancarkan sistem pengajaran dan pembelajaran
diantara guru dan juga pelajar. Maka dengan itu terdapat beberapa strategi yang
dapat digariskan dalam membuat penyusunan bilik darjah.
Antaranya ialah,
melihat kegiatan rutin bilik darjah dimana guru perlu melihat keadaan fizikal
bilik darjah, melihat bahan pembelajaran yang digunakan dalam bilik darjah
untuk disusun dengan betul agar mudah didapati. Setelah itu, guru perlu melihat
skop keperluan pelajar dalam rutin harian kelas mereka dari segi keperluan
bahan pembelajaran berikut. Kemudian dengan bantuan pelajar, mereka boleh
bersama-sama untuk memilih bahan yang seperti mana yang mereka suka atau mudah
untuk gunakan. Sebagai contoh melekatkan maklumat mengenai subjek disetiap
dinding kelas. Pelaksanaan rutin bilik darjah mendatangkan beberapa faedah
iaitu proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar,
pengurusan rutin yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar, rutin tersebut
akan menyemai nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan juga dapat menyemai
keselamatan dan keselesaan kepada pelajar.
Setelah itu,
strategi kedua dalam pengurusan bilik darjah yang baik adalah menyimpan rekod
yang mana cara ini adalah dengan merekod, mengelas dan mentafsirkan data
seorang pelajar. Segala maklumat yang diperoleh membolehkan guru membuat
penilaian terhadap objektif pengajarannya sama ada berjaya atau gagal. Hasil
daripada rekod tersebut dapat kita lihat sama ada aktiviti yang guru buat
selepas ini memberi kesan ataupun tidak. Syarat-syarat merekod adalah rekod
mesti digunakan, rekod mesti boleh diperolehi dengan mudah, rekod mesti lengkap
dan rekod mesti menyatakan perkara yang benar.
Menurut Mohd
Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009),
menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi
dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal
ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai
objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga,
alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara
berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran. Maka dengan itu, strategi
yang dilakukan ini perlu mempunyai satu matlamat dan objektif yang ingin
dicapai untuk memastikan langkah yang digunakan memberi kesan.
Kesimpulannya, strategi penyusunan bilik darjah
amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan ini dapat menggalakkan
atau menghalang sesuatu pembelajaran.
Unsur fizikal bilik darjah ialah tempat duduk pelajar merupakan
kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya
kekeliruan sewaktu belajar, meja guru merupakan meja guru biasanya terletak dibahagian
hadapan kelas. Guru harus berada di sekitar
meja pelajar bagi membantu dalam proses pembelajaran.
Strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait
rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim
bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat
dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.
RUJUKAN:
James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan
Bilik Darjah. Batu Caves, Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn
Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Sosiologi
Pendidikan. Selangor: Longman Malaysia.
Esah Sulaiman.
(2004). Pengenalan Pedagogi. Johor
Darul Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh. (2009).
Pengurusan Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: McGraw Hill.
No comments:
Post a Comment