Saturday, 15 December 2018

BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Menurut Lahey (2009), tingkah laku adalah pebuatan yang terhasil kesan daripada pemikiran dan emosi seseorang pada suatu masa tertentu. Setiap tingkah laku yang berlaku adalah disebabkan oleh emosi seseorang pada ketika itu dan cara dia berfikir semasa suatu emosi itu mengganggu dirinya. Menurut Dreikurs (1968), terdapat empat sebab mengapa murid melakukan salah laku di sekolah iaitu untuk mendapatkan perhatian, inginkan kuasa, membalas dendam dan kurang keyakinan diri. Apabila keperluan ini tidak dipenuhi atau tidak diberikan oleh guru, maka pelajar akan membuat perangai yang akan menimbulkan salah laku dan mengganggu orang di sekeliling mereka. Terdapat tiga jenis tingkah laku yang diketengahkan oleh Akhiar dan Shamsina (2012) iaitu tingkah laku disruptif di mana ianya adalah perlakuan yang disengajaka oleh murid seperti pertengkaran, kecerewetan dan menyibuk dengan hal yang tidak penting sehingga menghalang proses PdPC. Tingkah laku seterusnya adalah tingkah laku distrukif di mana pelajar merosak, mencedera, membahayakan dan mengakibatkan kerugian diri sendiri atau harta benda sekolah. Tingkah laku terakhir adalah tingkah laku kebergantungan yang mana murid terlalu mengharapkan sokongan daripada ibu bapa atau guru-guru.

Terdapat beberapa pekeliling yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Antaranya adalah:

1)      Bil. 9/1975 Disiplin sekolah, perturan sekolah untuk murid
2)      Bil. 7/1986 Langkah-langkah keberkesanan disiplin sekolah
3)      Bil. 6/1995 Menangani masalah ponteng kelas
4)      Bil. 18/1998 Penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan
5)      Bil. 6 2000 Manangani masalah keselamatan, dadah dan genster
6)      Bil. 8 2001 Pemantapan pengurusan disiplin di sekolah
7)      Bil. 9 2001 Penglibatan pelajar dalam kegiatan negatif
8)      Bil. 10/2001 Semua guru adalah guru disiplin
9)      Bil. 1 1972 Peraturan (Tatatertib sekolah) pelajaran 1959
10)  Bil. 7 1995 Tatacara mengenakan tandakan hukuman terhadap pelajar sekolah

Menurut James A. (2011), guru memainkan peranan penting dalam mendisiplinkan murid dan ianya tugas hakiki semua guru. Guru haruslah mengambil bahagian dalam membentuk sahsiah pelajar di dalam dan luar kelas. Antara cara yang boleh digunakan adalah merotan pelajar lelaki tetapi hanya boleh dilakukan oleh guru besar dan guru yang diberikan kuasa (Nasrul & Zarina, 2017). Selain itu, sistem dimerit juga boleh dikenakan kepada pelajar yang melakukan kesalahan dengan memberikan markah dimerit manakala tingkah laku baik akan diberikan merit. Selain itu, melakukan spot check bagi memastikan pelajar tidak membawa barang-barang terlarang atau masalah disiplin yang lain. Pas keluar pelajar juga harus diberikan kepada pelajar yang ke tandas atau urusan rasmi seperti ke pejabat dan bilik guru. Hal ini dapat mengawal pergerakan keluar masuk pelajar dan mengesan pelajar yang ponteng. Bagi kesalahan berat, pelajar boleh dirujuk ke pihak atasan seperti pengetua atau guru Kaunseling dan boleh digantung sekolah.
      Pada pendapat saya, guru begitu memainkan peranan dalam membentuk disiplin pelajar. Hal ini kerana kebanyakkan masa pelajar adalah di sekolah dan mereka belajar banyak benda baru di sekolah. Jadi, guru memainkan peranan dan berhak mengajar dan menegur semua pelajar. Dari pandangan pribadi, saya bersetuju dengan system menghukum dan merotan pelajar yang keterlaluan dan kesalah yang berulang. Hal ini kerana manusia akan belajar dari kesilapan dan peristiwa yang pernah dia alami. Contohnya, apabila pernah dirotan, dia akan mengingati peristiwa tersebut sampai bila-bila dan mengelak dari mengulangi kesalahan yang sama supaya tidak menerima hukuman lagi.
      Selain hukuman, susunan tempat duduk juga memainkan peranan dalam membantu guru mengawal kelas. Akhiar dan Shamsina (2012) mengatakan bahawa susunan bilik darjah haruslah berorientasikan guru dan cadangan bentuk pengajaran yang ingin dilaksanakan seperti kumpulan kecil atau berpasangan. Dalam kumpulan kecil ini, pelajar akan bertukar peranan sebagai ketua dan mentor di dalam kumpulan tersebut. Jadi, guru bukan saja dapat mengajar seperti dalam pembelajaran abad ke-21 tetapi dalam masa yang sama, pelajar terkawal kerana sibuk berbincang dengan rakan-rakan mereka. Jadi, cara ini akan memudahkan guru menyampaikan maklumat dan keterlibatan semua pelajar di dalam kelas.
      Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin dan sahsiah murid. Bukan saja guru disiplin malah semua guru di sekolah berhak untuk menegur pelajar dari segi displin. Ibu bapa pada zaman ini harus memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk membentuk disiplin mereka kerana sikap pelajar di rumah dan di sekolah adalah berbeza.



RUJUKAN

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin, (2012). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Dreikurs, R. and Grey, L. (1968). The New Approach to Discipline: Logical Consequences, pp. 1-82, A plum Book.

James Ang Jit Eng (2011). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1959). Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959
Lahey, B. B. 2009. Psychology: An introduction (10th Ed.). New York, NY: McGraw-Hill.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad & Zarina A Rashid (2017). Peraturan dan Undang-Undang Kawalan Disiplin Murid di Malaysia. Malaysian Online Journal of Education, Diperoleh daripada http://journal.kuis.edu.my/omje/wp-content/uploads/2017/04/01-11_Vol.1_No.1_2017-1.pdf




No comments:

Post a Comment

PROGRAM KEPIMPINAN MUDA

Program Kem Kepimpinan Muda. Program ini dijalankan di bawah subjek Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kami p...