BAB 10: PENGURUSAN
PENASIHATAN MURID
BIMBINGAN
1. Bimbingan diertikan sebagai satu kuasa yang
menyerap dalam kuriklum sekolah atau dalam proses pengajaran pembelajaran yang
bertujuan untuk perkembangan potensi individu yang paling maksimum (Zuuraidah
Abdul Rahman 2001). Ianya juga diertikan sebagai suatu konsep yang berkaitan
dengan cara membantu orang lain atau satu usaha menyediakan pengalaman untuk
membantu pelajar memahami diri mereka.
2. Dalam Islam, bimbingan diertikan sebagai
menyemai dan menanam pemikiran Islam, pembentukan akhlak mulia berdasarkan asas-asas
Islam untuk merealisasikan kebenaran dan matlamat Islam dalam kehidupan
individu dan masyarakat.
3. Ianya juga adalah suatu proses yang mempunyai
permulaan dan akhir. Beliau mendifinisikan permulaan bimbingan sebagai outward
piety dan akhir bimbingan adalah inward piety. Jika dikaji di dalam
al-quran, terdapat banyak ayat al-quran yang membicarakan tentang kepentingan
bimbingan dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah firman Allah SWT dalam
al-quran surah Luqman (31) ayat 17 bermaksud “Wahai anakku, dirikanlah solat
dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah kemungkaran mengikut
kadar kemampuan yang ada padamu. Dan bersabarlah dengan apa yang mengenaimu
ketika melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Sesungguhnya yang denikian itu
adalah amat perlu dilaksanakan oleh manusia. Surah ini menunjukkan bahawa
kepentingan bimbingan yang dilakukan oleh Luqman terhadap anaknya. Luqman
didapati membimbing anaknya dengan menyuruh anaknya mendirikan solat, melakukan
kebaikan, mencegah kemungkaran dan bersabar atas musibah yang menimpa.
STRATEGI DAN TEKNIK PENASIHATAN
1.
Teknik berasaskan pendekatan
efektif (Kerusi kosong dan teknik raptai).
2.
Teknik berasaskan pendekatan
behavioural (Latihan bertenang melalui maklum balas biologi, hypnosis,
meditasi, program pengurusan kendiri, latihan autogenic, mengajar kawalan badan
dan fungsi imaginasi melalui saranan kendiri).
3.
Teknik berasaskan pendekatan
kognitif (Mempertikai, membahas, mencabar mengajar dan menjelaskan).
ANTARA CARA PENASIHATAN GURU TERHADAP MURID
- 1. Berfokus kepada pelajar yang bermasalah
- 2. mengikuti perkembangan murid
- 3. Membantu murid membuat keputusan
- 4. Menyelami psikologi atau keadaan murid
- 5. Memberi nasihat dalam bentuk arahan dan ransangan.
KONSEP PENGURUSAN PENASIHATAN MURID DAN PERBEZAANNYA
Penasihatan
- · Fokus kepada masalah yang dihadapi
- · Berbentuk suruhan atau arahan.
- · Strategi paling efektif dalam penyelesaian masalah.
Mentoring
- · Proses membantu dari individu berpengalaman
- · Kemudahan yang disediakan buat murid-murid dalam menguruskan kehidupan mereka disekolah.
Bimbingan
- · Proses membantu individu memahami dan mengenali dunia mereka.
- · Menolong individu membuat pilihan yang tepat.
- · Merancang aktiviti.
PERBEZAAN KAUNSELING DAN PENASIHATAN
Kaunseling
- · Memfokuskan kepada individu yang bermasalah
- · Dilaksanakan oleh individu (Kaunselor) yang telah dilatih khusus dalam bidang kaunseling sepertimana yang telah dijelaskan di dalam definisi di atas.
- · Kaunseling memerlukan lebih banyak masa.
- · Kaunseling memerlukan pemantauan yang berterusan.
Penasihatan
- · Memfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid.
- · Dilaksanakan oleh mana-mana individu apatah lagi guru-guru yang lebih berpengalaman.
- · Penasihatan yang memerlukan masa singkat sahaja.
- · Pemantauan dalam jangka masa yang tidak lama.
PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
RUJUKAN:
Elfi Mu’awanah, S.Ag, M.Pd. & Rifa Hidayah,
S.Ag., S.Psi.,M.Si.,Psi. (2009). Bimbingan kaunseling Islami Di Sekolah Dasar. Bumi
Aksara.
Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof. (2008). Pengantar Kaunseling Individu. Arah
Pendidikan SDN BHD.
Othman Mohamed. (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam Kaunseling. Universiti
Putra Malaysia, Serdang.
Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2014). Teori Kaunseling dan Psikoterapi.
Universiti Sains Islam Malaysia.
Zainab Ismail, (2016). Praktikum Bimbingan & Kaunseling. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
No comments:
Post a Comment