BAB 5 : PENGURUSAN MURID
Menurut Michael dan Jones (2018) pengurusan merupakan proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi. Pengurusan di klasifikasikan sebagai satu bentuk tindakan dalam penyusunan terhadap kelompok atau kumpulan supaya lebih tersusun dan teratur. Manakala Snel dan Bateman (2000) telah menyatakan bahawa pengurusan adalah proses bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai matlamat organisasi. Ini menunjukkan bahawa pengurusan sangat penting dalam melicinkan pentadbiran dari pelbagai skop sama ada di dalam sector awam mahupun sector swasta.
Murid merupakan individu yang menerima ilmu pengetahuan sama ada di sekolah mahupun di institusi pendidikan. Dalam Abu Ahmadi(2003) telah menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau individu.
Pengurusan murid boleh di definisikan sebagai satu proses dalam mengumpul rekod pengurusan pelajar di sekolah. Maklumat murid yang perlu dikumpul serta direkodkan adalah profil murid dan ibu bapa atau penjaga, enrolmen, kehadiran pelajar di sekolah. bantuan dan kebajikan pelajar, pendaftaran pelajar, peralihan dan tingkatan 1,pendaftaran prasekolah masalah disiplin pelajar serta rekod bagi pelajar yang menetap di asrama.
Di dalam menguruskan hal ehwal murid, guru kelas memainkan peranan penting dalam mengumpul, merekod serta menyediakan rekod pelajar secara sistematik. Tujuan bagi mengurus rekod murid adalah untuk menyediakan maklumat lengkap dan mengenai kemajuan murid dalam segala aspek perkembangan potensi ( intelek, rohani, jasmani dan sosial). Seterusnya adalah sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka serta panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.
Selain itu, guru perlu memastikan segala kesediaan pelajar dapat di penuhi. Kesediaan belajar merupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan setiap isi kandungan pelajaran difahami oleh murid-murid. Kesediaan belajar adalah merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat perkembangan. Hal ini adalah kerana, kesediaan belajar dapat diwujudkan melalui perkembangan individu dari segi emosi, intelek, psikomotor dan kematangan murid (Brunner,1966). Sebagai contoh kanak-kanak berfikir secara konkrit pada peringkat perkembangan mereka dan pemikiran konkrit ini digunakan sebagai persediaan untuk mempelajari cara pembelajaran abstrak. Persediaan ini dapat membantu pelajar dalam memahami pelajaran yang baru berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.
Pengurusan murid juga merangkumi bagaimana guru memainkan peranan dalam memotivasikan pelajar. Dalam Zuri dan Aznan (2011) guru perlu memotivasikan murid supaya mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dan dapat membina penghargaan kendiri secara berterusan. Motivasi di bahagikan kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik.motivasi intrinsic merupakan dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran. Sebagai contoh, seorang pelajar suka membaca buku kerana minatnya membaca buku. Motivasi ekstrinsik pula merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar. Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik. Contoh bagi motivasi ekstrinsik adalah seorang murid mengulang kaji pelajaran setelah di marahi oleh ibu bapanya.
Secara keseluruhan, pengurusan murid ini berfokuskan kepada pelajar. Pengurusan murid amat penting kerana guru dapat mengenalpasti tentang maklumat murid, dapat membantu murid dalam isu yang di hadapi oleh murid setelah merujuk rekod murid, dapat membantu murid dalam meningkatkan pencapaiannya serta dapat meningkatkan motivasi murid tidak kira dalam pelajaran atau sebaliknya.
RUJUKAN
Wilder, M. and Jones, T. (n.d.). The God who goes before you.
Bateman, T. (2000). Management with powerweb. [Place of publication not identified]: Mcgraw-Hill.
Ahmadi, Abu. 2003. Ilmu Pendidikan. Rineka Cipta. Jakarta.
Bruner, J. S. (1966). Toward a Theory of Instruction. Cambridge: Harvard University Press.
Mohd Zuri Ghani. and Aznan Che Ahmad. (2011). Kaedah dan strategi pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
No comments:
Post a Comment