BAB 2: PENGURUSAN PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Pengurusan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang
teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang
dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah
dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Oleh itu, sistem ini turut mempengaruhi
cara pengajaran seseorang guru itu juga. Menurut Sharpe (1989), sekolah
merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di
dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang
tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain. selain itu, pengurusan juga
merupakan satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha
ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber-sumber lain untuk mencapai
matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Manakala menurut Shukur (1988),
pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan
alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.
ISI PENTING
Antara isi penting yang terdapat dalam bab ini ialah
pengurusan sekolah, pengurusan ini merangkumi semua aspek yang ada disekolah.
Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Hal ini kerana klien dan bahan
mentahnya merupakan manusia. Begitu juga dengan sumber dan matlamatnya yang
berkait rapat dengan manusia. Selain itu, kumpulan sasarannya pula tergolong
daripada kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam tempoh masa perkembangan
mental, fizikal, emosi dan sosial. oleh itu, apabila ada pengurusan sekolah
maka perkembangan kanak-kanak dan remaja itu akan berkembangan dengan baik pada
masa akan datang. Disamping itu, sekolah juga mempunyai matlamat utama yang
berkait dengan pendidikan. Pendidikan pula mempunyai kaitan dengan
pembelajaran, perkembangan dan pembangunan manusia.
Berdasarkan
tajuk ini, manusia merupakan modal insan atau asset utama sesebuah negara. Oleh
itu, setiap perkembangan manusia perlu dipantau dengan baik agar
perkembangannya boleh memberi kesan positif kepada semua perkara. Menurut Abd
Rahim Abd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan
inovatif bagi membentuk sesebuah organisasi sekolah yang dinamis iaitu
mempunyai pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan
pembangunan potensi manusia. Namun, menurut Senge (2000) pula menyatakan bahawa
sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, masih konservatif dan
mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa.
Lantaran itu, pengurusan strategic dikalangan pengurus di sekolah-sekolah amat
penting bagi mewujudkan sekolah yang berkesan.
Isi penting yang seterusnya ialah
mengenai pengurusan menambah pengetahuan. Dimana dalam pengurusan yang betul
yang diterapkan dalam pembelajaran melaui seseorang guru tersebut juga turut
mempengaruhi kadar penambahan ilmu. Guru yang berpandangan jauh akan membuat
persiapan sebelum proses mengajar dijalankan melalui bahan mengajar, rujukan
bahan dan cara mudah untuk memudahkan pelajar memahami apa yang diajar. Isi
seterusnya ialah pengetahuan bagi seseorang murid. Dimana pengetahuan seseorang
murid turut juga berkait rapat dengan kaedah yang digunakan seorang guru dalam
mengajar sesuatu mata pelajaran.
Selain itu juga, pengetahuan asas yang ada
didalam diri pelajar juga memudahkan proses penerimaan pembelajaran itu
berlaku. Berkaitan dengan pelajar sendiri yang mana membuat ulangkaji awal
dengan membaca terlebih dahulu bab yang akan disampaikan oleh guru untuk
persiapan diri sebelum guru mengajar bab tersebut sekaligus dapat memberi
kelebihan kepada pelajar tersebut dan mudah untuk pelajar tersebut memahami.
Tambahan lagi, pengurusan meningkatkan mutu amalan kerja guru juga adalah salah
satu isi penting dalam sesebuah profesion lagi – lagi seorang pendidik. Melalui
pengurusan guru – guru dapat menjalankan tugasan dalam mendidik pelajar
denganlancar. Lagi – lagi isi adalah melalui pengurusan juga dapat meningkatkan
kecekapan produktiviti semasa mengajar dan yang paling penting boleh memberi
manfaat yang baik kepada semua manusia.
MATLAMAT PEMBELAJARAN
- Pendidikan
ialah sistem
“Pendidikan ialah
satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.”
(Aristotle: 384 S.M. – 322 S.M.)
- Pendidikan
ialah proses
“Pendidikan sebagai
proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan
terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi
mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih
selamat.” (John Dewey: 1933)
- Pendidikan
ialah penambahan ilmu
“Pendidikan ialah
untuk menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan
memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang.” (Stuart
Mill)
- Pendidikan ialah mendidik
“Pendidikan ialah
mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar, latihan
dan indoktrinasi.” (Ducasse)
KONSEP DAN PENGERTIAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM
Dalam Islam,
tarbiah, ta’dib dan ta’lim bergabung untuk melahirkan insan terdidik berilmu,
mempunyai kesedaran, menghayati dan menginsafi serta beramal.
KESAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
WARGANEGARA YANG BAIK
|
|
Dimensi interinsik
|
Dimensi instrumental
|
|
Berupaya memberi sumbangan kepada
kesejahteraan dan kemakmuran :
|
TAHAP PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH
TAHAP
|
PERKARA
|
1)
Perancangan
2)
Implementasi
3)
Penilaian
|
Ø Analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum
Ø Pelaksanaan sebenar kurikulum di bilik darjah
Ø Penilaian bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum
|
PRINSIP PENGAJARAN
1.
Merancang
Pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan :
Ø
Set induksi: aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian
Ø
Penyampaian: Apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan
masa, bahan, aras pencapaian
Ø
Penutup: mengukuh isi, penilaian, merumus
2.
Kepelbagaian teknik
Ø Memerlukan kreativiti guru.
Ø Mengekalkan tumpuan pelajar
Ø
Unsur kepelbagaian(ambil kira faktor masa, jumlah murid, bahan
dankesukaran
3. Penglibatan pelajar
Ø Bersifat dua hala, mesra, kondusif, aktif
Ø Semua terlibat/ tiada yang tersisih
Ø Interaksi lebih membina
Ø
Contohnya Menyoal, beri pandangan, pendapat, masalah, melaku dan
berhujah.
3.
Ambil kira perbezaan individu
Ø
mempunyai keupayaan, minat dan bakat berbeza. Perhatian perlu diberi di
atas kewujudan uinsur kepelbagaian tersebut. Langkahnya beri perhatian,
ulang-ulang isi, latih tubi, darjah kesukaran kurikulum perlu diambil kira.
Guru perlu peka kepada reaksi pelajar seperti bising, resah, murung, tiada
reaksi, lesu dan lain-lain kerana ini mencerminkan reaksi terhadap pengajaran
guru Guru perlu sentiasa muhasabah sepanjang proses mengajar dengan kecerdikan
akal budinya.
4.
Pengalaman sedia
Ø kaitkan p&p dengan pengalaman sedia pelajar
contoh: ulang pelajaran lepas, soal jawab pengalaman lalu, ceritakan
pengalaman, kata kunci ini penting sebelum guru memulakan pengajaran kerana
murid sukar menerima pelajaran “secara mengejut” dalam keadaan “vakum”
5. Merangsang pemikiran murid
Ø melalui soalan, “cabar minda”, “ramalan”,”fikir
bersama” kata kunci: Jangan terus puas hati dengan jawapan pertama pelajar.
Berikan “provokasi”
Menurut Gagne (1974) menyatakan pembelajaran adalah:
ü Perubahan pemikiran
ü Perubahan kebolehan
ü Perubahan tingkah laku
ü Berkaitan dengan minat, sikap dan nilai yang
dipegang dan diamalkan
ü
Pembelajaran memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan lebih
bermakna
PRINSIP PEMBELAJARAN
Ø Latihan – murid dapat mengaplikasi apa
dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru
Ø Kondusif: suasa pembelajaran yang selesa dari
segi minda, fizikal, emosi, rohani Bermatlamat: pengajaran berfokus akan
memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sisitematik dari senang ke susah,
maujud ke abstrak dekat kepada jauh.
Ø Penglibatan aktif: pelajar perlu dilibatkan
dalam proses p&p. supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna
Ø Persediaan awal: Persediaan guru dari segi memahami
kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid
Ø Mengkaji murid: analisis terhadap minat,
kecenderungan, bakat, keperluan
Ø
Unsur dorongan: Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan
murid. Elakkan merendahkan keupayaan. Banyakkan pujian, sokongan, penghargaan
guru.
FAKTOR MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR
Ø Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif,
afaktif dan kemahiran
Ø Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran
guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat Dorongan: penggerak untuk menimbul dan
mengekalkan minat
Ø Sosial dan persekitaran: ajar murid sedia
menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima
pendapat
Ø
Pengalaman sedia: murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan
pembelajaran
KAJIAN UNTUK MENINGKATKAN STANDARD KUALITI
Apakah yang patut
dikaji :
- Kaedah pembelajaran
semasa
- Teknik pengajaran yang
sesuai dengan keadaan semasa
- Isu-isu dan perubahan
sistem pembelajaran kini
- Buku teks
- Perbandingan sosiologi
murid zaman kini
RUMUSAN
Berdasarkan tajuk pengurusan dan pembelajaran ini apa
yang dapat saya rumuskan adalah pengurusan itu adalah amat penting bagi setiap
gerak kerja yang dilakukan lagi – lagi bagi seorang pendidik yang ingin
mendidik perlulah mempunyai pengurusan yang betul untuk menjadikan pengurusan
itu berjalan lancar dan mencapai objektif yang ingin kita tuju.
RUJUKAN
Ahmad Mahdzan Ayob
(2004), “Malay Images in Economic Affairs: Viewing Through The Lenses of A
Malay”, Paper Presented at the Second International Conference on Malay
Civilization, Kuala Lumpur, Malaysia.
Dewey, J. (1933). How we
think: A restatement of the relation of reflective thinking to the educative
process. New York: D.C. Heath and Company.
Kementerian
Pendidikan Malaysia.(2001). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kajian Penilaian Dasar Tentang Pencerapan Pengajaran Oleh Pengetua,
Penolong Kanan dan Ketua Bidang di Sekolah Menengah, Kuala Lumpur
Kementerian
Pendidikan (1961). Akta Pelajaran 1961, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur, 1961. Kementerian Pendidikan Malaysia(2001). Pembangunan Pendidikan
2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 2001.
Stoner,
J.A.F.,(1984). Management, Prentice-Hall, Inc., Englewood Cliffs, New Jersey.
No comments:
Post a Comment