BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN
PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Menurut Stonerr (1984) pengurusan ialah satu proses
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pengurusan
merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai
matlamat (Robbins, 1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti
kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai
matlamat organisasi (Abdullah Sani Yahya, 2003).
Pengurusan ialah aktiviti yang teratur (sistematis)
bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang
sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad
Mahdzan, 2004). Bab ini menyatakan pengurusan pembelajaran dan perspektif
multidisiplin pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian pengurusan pembelajaran
pelajar. Bab ini juga menyedari kepentingan pengurusan dan pembelajaran, konsep
mengurus pembelajaran, perpektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan
kajian-kajian pengurusan pembelajaran.
ISI PENTING
Konsep mengawal ialah mengawal peraturan bilik darjah,
mengawal aktiviti kumpulan, mengawal murid bermasalah peribadi, dan mengawal
suasana bilik darjah. Konsep merancang pula adalah untuk merancang objektif pembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid, merancang
startegi dan kaedah pengajaran yang efektif, merancang bahan bantuan pengajaran
yang lebih berkesan, dan merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar
jelas dengan pelajaran yang mereka belajar.
Selain itu, konsep mengarah merupakan mengarah murid
supaya duduk diam dan menumpukan perhatian kepada pengajaran, mengarah murid
untuk menjawab soalan, mengarah murid menguruskan tugasan harian bilik darjah,
dan mengarah murid untuk mematuhi disiplin yang telah ditetapkan. Manakala
pengalaman bermaksud yang kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada
pelajar. Sebagai contoh, ulang pelajaran yang lepas, sesi soal jawab. Penting
dalam membantu pelajar memahami sesi pembelajaran yang dijalankan. Merancang
pemikiran pelajar dengan soalan. Fikir bersama, ramalan, cabar minda pelajar.
Pengurusan dan pembelajaran pelajar yang berkesan
mencakupi tiga aspek iaitu keperluan fisiologi, pengurusan masa dan iklim bilik
darjah. Fisilologi yang dikenal pasti terhadap pelajar biasanya ialah tahap
pembelajaran, keluarga, tingkah laku dan emosi. Pengurusan masa pula
membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran dengan masa yang sama. Jadual
waktu juga perlu mengambil kira kebolehan pelajar iaitu sejauh mana pelajar
dapat mengekalkan fokus dalam kelas serta bukan sahaja pelajar, malah guru juga
perlu mengelakkan pembaziran masa. Iklim bilik darjah pula merangumi
pencahayaan yang cukup, perabit yang selesa dan mencukupi serta aliran udara yang
baik dan lancar.
Menurut Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail (2013),
dalam konteks pengajaran bahasa pula, unsur humor akan menjadikan hasil
pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Guru perlu menggunakan bahasa yang
berupaya menzahirkan perasaan lucu, penggunaan grafik seperti kartun dan bahasa
tubuh yang boleh menimbulkan suasana yang menyeronokkan kepada murid. Oleh itu,
guru perlu menggunakan unsur yang sesuai bagi menarik minat atau fokus
perlajaar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, aliran teknikal dikhususkan kepada
pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Aliran teknikal ini adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional
dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan
ekonomi rumah tangga). Aliran teknikal ini juga membantu dalam bidak pekerjaan
yang dikehendaki.Tambahan pula, aliran vokasional memberikan peluang kepada
pelajar yang memperoleh pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan
berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational). Komponen
pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Aliran ini membantu melahirkan
pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
pengurusan pembelajaran yang efektif amatlah penting untuk proses pembelajaran
yang berkesan. Selain daripada guru-guru, ibu bapa turut memainkan peranan yang
penting untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam proses pengurusan
pembelajaran pelajar.
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahya. (2003). Mengurus
Sekolah. PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail.
(2013). Pelaksanaan pembelajaran
menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 3 (2). pp. 49-63.
ISSN 2180-4842
Ahmad Mahdzan Ayob. (1992). Kaedah
penyelidikan sosioekonomi (Edisi ke-2). KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
James
A. F. Stoner. (1984). Administracion. Prentice-hall
Internacional.
Stephen
P. Robbins. (1984). Management: Concepts and Practices, Volume 1. Prentice-Hall
No comments:
Post a Comment