Saturday, 15 December 2018

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Menurut Peter F. Drucker, pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan. Manakala Menurut E.B. Taylor (1958) budaya sebagai sebuah kompleks yang merangkumi pelbagai bidang. Menurut Ary H. Gunawan (2000), Budaya berasal daripada bahasa Sansekerta “Buddhayah yakni bentuk jamak dari budhi (akal). Seterusnya pendapat daripada (Koentjaraningrat. 1974), dalam bahasa Inggeris kebudayaan adalah “culture” yang berasal daripada “colere” yang beerti “mengolah atau mengerjakan. Budaya secara ringkas merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkahlaku yang diperolehi oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya.
Menurut Taylor (1871) yang mengatakan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan,   kepercayaan-kepercayaan, kesenian, moral, Undang-undang, adat  dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaannya yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Budaya secara ringkas merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkahlaku yang diperolehi oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Menurut Taylor (1871) yang mengatakan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan,   kepercayaan-kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat  dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaannya yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.
            Menurut Amir Hasan Dawi (2006) budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid-murid sejak dibangku sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa hadapan mereka.

FAKTOR DAN KONSEP PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DI SEKOLAH

A.     Pentadbiran Pengurusan Pelbagai Budaya Di Sekolah
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran, ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

B.     Strategi Pembelajaran Pengurusan Pelbagai Budaya

Seterusnya, hubungan interaksi antara guru dan pelajar juga dapat membantu dalam pengurusan pembelajaran pelbagai budaya. Guru bertindak sebagai fasilitator yang membimbing pelajar saling bertukar pandangan dan pengetahuan di dalam kelas. Dengan pendekatan ini membuat pelajar dapat mempertingkatkan kemahiran interpersonal mereka.
            Strategi pembelajaran pengurusan budaya ialah menggunakan alat bantu belajar bagi pengurusan pelbagai budaya yang efektif di sekolah ini adalah pelajar di beri nota sebagai rujukan dalam pembelajaran. Selain itu juga telah melihat guru di sekolah memelakukan pembelajaran secara visual kepada pelajar pelbagai bangsa bagi membantu mereka agar lebih faham tentang apa yang dipelajari.

C.   Susunan Bilik Darjah Untuk Pelajar Yang Pelbagai Budaya

Menurut Mohd Johdi Salleh (2009) mengatakan bahawa bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru dalam menjalankan tugas, peranan dan tangunggjawab. Pada asalnya, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di universiti maupun di institut-institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

D.   Pengurusan Kurikulum Untuk Pelajar Pelbagai Budaya.

Menurut Kerr J.K. (1968) mentakrifkan kurikulum sebagai semua pelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara individu atau kelompok, baik di dalam mahupun diluar sekolah. Seterusnya menurut Hirst (1975) mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti-akiviti  pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang ditentukan. Menurut Soon Sang (2008) jenis-jenis kurikulum terbahagi kepada empat iaitu kategori kognitif yang merangkumi konsep asas ilmu, teori dan hukum, serta memahami dan berfikir.

E.   Pengurusan Kokurikulum Pelbagai Budaya Di Sekolah
Dalam pengurusan pelbagai budaya, kokurikulum adalah salah satu aspek yang membantu dalam menguruskan pelbagai budaya di sesebuah sekolah. Elemen budaya bukan sahaja boleh di terapkan melalui kurikulum, malahan juga boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari dalam bilik darjah.  Proses pembinaan individu ini perlu berterusan dan menyeluruh tanpa ada pemisahan antara kurikulum dan kokurikulum (Ab.Alim, 2004; Tam Yeow Kwai, 2010).

PENGURUSAN MERENTAS BUDAYA
  1. Aspek Bilik Darjah
    1. Kerusi meja tempat duduk murid menjadi keutamaan
    2. Penyusunan tempat duduk perlu lebih strategik
    3. Tempat duduk murid di atur dengan dikelilingi pelbagai etnik.
    4.  Meletakkan pelajar yang mudah hilang tumpuan di dalam kelas di tempat duduk di bahagian depan.
  1. Aspek Aktiviti Pengajaran &Pembelajaran Bersifat Koperatif
a.       Mengalakkan perkongsian idea, pandangan  dan  pendapat.
b.       Menwujudkan cara layanan secara adil dalam berkumpulan.
c.       e. Memupuk nilai meghargai budaya etnik yang lain.
  1. Aspek Penerapan Nilai Murni Dan Budaya
a.       Menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi.
b.      Memupuk amalan budaya malaysia seperti sopan  santun dan beradab.
c.       Menghormati lagu “Negaraku”.
d.      Memahami sistem raja berpelembagaan di Malaysia.
e.       Mengingatkan dan mendidik semua agama menyuruh penganutnya hidup berbaik.
f.       Tanpa ada persengketaan.

  1. Pengurusan Sumber Pembelajaran Dan Pembelajaran Mesra Budaya
a.   Aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan peranan penting dalam pemilihan bahan sumber bagi memastikan murid perlbagai etnik dapat belajar dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
b. Tidak berfokuskan kepada sesuatu etnik sahaja secara tidak langsung menggalakkan murid mencari bahan pelbagai etnik.
c. Memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya nilai sesuatu etnik untuk memupuk pemahaman dan perkongsian budaya
d. Sumber pembelajaran dan bahan dipilih yang berteraskan kepentingan hubungan kemanusian tanpa mengira perbezaan etnik.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pihak sekolah merupakan tempat yang paling terbaik dalam memupuk semangat dan juga membentuk hubungan yang baik walaupun di Malaysia terdapat pelbagai budaya. Guru-guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya. Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek. Pengurusan budaya adalah sangat perlu dititikberatkan bagi mewujudkan kesefahaman cara dan budaya masing-masing agar mampu menjadikan suasana sekolah dalam keadaan dan harmoni. Guru-guru jugalah yang menjadi petunjuk arah yang mampu menyatupadukan kaum di seluruh Malaysia menjadikan negara kita mempunyai pelbagai budaya yang terperlihara.

RUJUKAN

Ab.Alim Abd Rahim (2004): Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Penerbit
Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Kurikulum: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Mok Soon Sang (2013). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku, Edisi Ketiga, Penerbitan      Multimedia, Ipoh, Perak. Oxford Sdn. Bhd
Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi ketiga, Penerbit Quantum Books. Tanjung Malim, Perak.

Ary H. Gunawan .(2000). Sosiologi Pendidikan: Suatu Analisis Sosiologi Tentang Pelbagai Problem Pendidikan. Penerbit Rineka Cipta: Jakarta, Indonesia.
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Konsep pelbagai upaya ini secara khususnya merujuk pada individu yang kurang sempurna sama ada dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sensori. Pelbagai upaya berkait dengan masalah kerencatan mental, penglihatan, pendengaran, pertuturan, gangguan emosi, bermasalah fizikal, tingkah laku dan masalah pembelajaran. Individu pelbagai upaya mengalami kekurangan atau kecacatan sama ada sejak dilahirkan atau pun selepas mengalami kemalangan atau masalah kesihatan yang kronik. Ketidakupayaan ini akan menimbulkan masalah dalam kemahiran belajar juga seperti kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengira dan menaakul. Masalah ini berpunca daripada kegagalan fungsi sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada pelbagai tahap umur. Individu yang mengalami masalah kegagalan fungsi saraf biasanya sukar untuk mengawal tingkah laku, membuat tanggapan dan berinteraksi sosial dan masalah ini mungkin wujud bersama masalah pembelajaran.

PEMULIHAN

Definisi Program Pemulihan Khas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Program Pemulihan Biasa, Guru Pemulihan/ Guru Pemulihan Biasa dan Murid Pemulihan Khas. Program Pemulihan Biasa ialah “Satu program pendidikan untuk pelajar yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran asas 3M yang kompleks kerana faktor alam sekitar. Program ini dijalankan oleh guru khas di dalam bilik khas. Guru Pemulihan/ Guru Pemulihan Biasa merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, institusi perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Akibatnya Guru Pemulihan mempunyai kepakaran khusus untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M (Menulis, membaca dan mengira). Pusat Pembangunan Kurikulum (1984); pelajar pemulihan adalah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran tertentu, negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai kelakuan yang menyebabkan pembelajaran dan kekurangan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang memberi fokus kepada masalah menguasai kemahiran asas. Usaha bagi menangani masalah tersebut dijalankan menerusi Program Pemulihan Khas yang diwujudkan di setiap sekolah rendah.
            Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Terasa Keempat : Merapatkan jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada Tahap 1. KPM telah memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf Pemulihan Khas dan menyediakan Guru Pemulihan terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).
            Matlamat semua murid di Tahap 1 sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK). Objektif program pemulihan ini yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Menguasai kemahiran asas 3M, Meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan Membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Berikut merupakan Carta Alir Proses Pelaksanaan Program Pemulihan :


PENGAYAAN

Pengayaan ialah penekanan program untuk memberikan aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Dalam proses pengayaan murid akan dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran. Walau bagaimanapun, murid-murid yang mengikuti kegiatan pemulihan berpeluang juga membuat kegiatan pengayaan. Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara sendiri.

   Terdapat 2 jenis pengayaan iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti melalui pengayaan mendatar ini adalah ia akan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan kepada taraf pencapaian murid. Selain itu, murid di dalam kumpulan yang lambat akan diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan mencabar. Tujuan pengayaan mendatar ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan kemahiran yang telah dikuasai. Pengayaan menegak ialah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Berdasarkan kepada konsep pengayaan menegak ini, aktiviti akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada pencapaian murid darjah biasa. Secara tidak langsung ini dapat mewujudkan kegembiraan, mencungkil bakat dan kerjasama sesama mereka.

PELBAGAI KECERDASAN 

Pintar Cerdas Dan Berbakat

Menurut Zharulnizam Shah (2010) kanak-kanak pintar cerdas merupakan kanak-kanak yang mempunyai kemampuan pemikiran yang melangkaui usia hayat. Kanak-kanak ini biasanya jauh lebih maju dalam bakat tertentu atau akademik berbanding dengan rakan sebaya. Kematangan pemikiran yang menjangkaui usia hayat dapat diukur sama ada melalui komunikasi mahupun tingkah laku. Hal ini dapat diperhatikan apabila seseorang kanak-kanak yang berusia di bawah sepuluh tahun tetapi dapat membicarakan masalah sejagat seperti pencemaran alam, peperangan yang berlaku di luar Malaysia dan lain-lain isu dunia yang biasanya dibicarakan oleh orang dewasa. Mereka juga menguasai perbendaharaan kata yang jarang-jarang digunakan oleh rakan sebaya.

Autisme

Menurut Norfishah Mat Rabi (2016) mengatakan IDEA 2004 mendefinisikan autisme sebagai ketidakupayaan perkembangan yang secara signifikannya mempengaruhi komunikasi verbal dan nonverbal, interaksi sosial yang selalunya dapat dikesan pada usia sebelum 3 tahun (Pierangelo & Guiliani, 2007; Trevarthen et al., 2006). Ciri watak lain yang turut serta ialah aktiviti berulang-ulangan dan pergerakan yang stereotaip, penolakan atau tentangan terhadap perubahan persekitaran atau perubahan dalam rutin harian dan respons luar biasa terhadap pengalaman deria. Menurut American Psychiatric Association (APA, 2000), autisme dikaitkan dengan kesukaran bersosial, kurang upaya berkomunikasi dan tingkah laku berhalangan. Hal ini menyebabkan dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula menunjukkan kecelaruan tingkah laku, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.

BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas ini biasanya adalah murid yang mengalami masalah pembelajaran. Antara murid yang mempunyai masalah pembelajaran ialah :

Murid Hiperaktif dan Tumpuan Terganggu (ADHD).

-          Kanak-kanak dalam kategori murid hiperaktif dan tumpuan terganggu biasanya sangat aktif fan mempunyai tenaga yang berlebihan.
Sindrom Down

-          Kanak-kanak sindrom down kerana kromosom yang abnormal dan mereka dikategorikan kanak-kanak terencat akal. Kanak-kanak sindrom down mempunyai 47 kromosom, iaitu lebih satu kromosom daripada kanak-kanak biasa.
Palsy Serebrum

-          Palsi serebrum bermaksud ada gangguan terhadap pergerakan atau mobiliti seseorang murid. Murid tersebut tidak boleh menggunakan sebahagian daripada otot di dalam badan dalam keadaan biasa akibat daripada berpunca daripada virus atau kekurangan oksigen. Pendidikan sempurna, terapi dan teknologi terkini dapat membantu murid untuk menjalani kehidupan biasa seperti orang lain (Ramlan Salim, 2015).

KESIMPULAN

Secara keseluruhan Golongan Pelbagai Upaya ini merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain ( Muhammad Nur Hafiz Ahmad, et. al 2017). Walaupun golongan ini dilihat sebagai minoriti, namun golongan ini juga sewajarnya mendapat peluang yang sama seperti individu normal yang lain dari segala aspek. Ini kerana murid pelbagai upaya ini juga mempunyai kelebihan dirinya tersendiri yang apabila dibantu oleh guru akan menjadikan murid tersebut sebagai seorang yang hebat. Kesabaran daripada pihak guru sangat diperlukan bagi mendidik murid pelbagai upaya ini kerana pada hakikatnya guru perlu mengikut rentak dan emosi murid tersebut. Berbeza dengan pelajar arus perdana, dapat mengawal emosi dengan baik.

RUJUKAN

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas, (2012).

 Muhammad Nur Hafiz Ahmad, et. al, (2017). Penyediaan Fasiliti Orang Kurang Upaya di Institusi Pengajian Tinggi di Lembah Klang : Bangi.

Norfishah Mat Rabi, (2016). Transformasi Pendidikan Murid Kurang Upaya. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ramlan Salim, (2015). Pengurusan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zharulnizam Shah Z.A, (2010). Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.


BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN
Sekolah adalah sebuah institusi sosial yang memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar. Sekolah cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guru-guru yang bersedia melakukan perubahan dengan kerjasama yang padu daripada ibu bapa dan masyarakat. Sejajar untuk menghasilkan pendidikan berkualiti, sokongan dan kerjasama ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjadikan sesebuah sekolah itu hebat dan berjaya.
Mengikut, Jarzabkowski (2002) menyatakan bahawa persekitaran sekolah bermakna semua keadaan, sumber dan aktiviti saling bersepadu secara langsung atau tidak langsung yang memberi kesan kepada fungsi sekolah. Persekitaran sekolah merujuk kepada persekitaran fizikal dan iklim psikososial boleh menetapkan peringkat persepsi positif guru dan pelajar terhadap sekolah. Tableman (2004) telah mengenal pasti empat aspek persekitaran sekolah, iaitu:
1. persekitaran fizikal yang mesra dan kondusif untuk pembelajaran.
2. persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi.
3. persekitaran yang berkesan yang menggalakkan rasa kekitaan dan harga diri.
4. persekitaran akademik yang menggalakkan pembelajaran dan memenuhi diri.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
Sekolah adalah satu sistem sosial yang menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Program sekolah hanya dapat berjalan lancar apabila mendapat kerjasama masyarakat. Oleh itu, permuafakatan sekolah dengan komuniti merupakan kunci peningkatan sebuah sekolah (Gary dan Witherspoon, 2011; Sheldon). Hubungan sekolah dengan komuniti sebagai strategi terbaik untuk menggalakkan penglibatan komuniti bagi meningkatkan keberhasilan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang peranan komuniti untuuk meningkatkan pendidikan pelajar, membimbing sekolah untuk melaksanakan proses permuafakatan, mengaitkan bantuan kewangan untuk pelajar miskin bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan mengupayakan PIBG untuk memainkan peranan yang lebih besar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012b). mengikut  Sheldon dan Epstein (2004) kajian membuktikan bahawa permuafakatan sekolah dengan komuniti sangat penting untuk mengurangkan ketidakhadiran murid ke sekolah dengan cara menghubungi keluarga pelajar dan komuniti tentang kehadiran boleh membantu murid berada di sekolah.

GURU DAN IBU BAPA
Peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sangat penting. Ini kerana kerjasama daripada ibubapa dengan guru telah membawa banyak faedah dan kebaikan. Antara faedah dan kebaikan yang dinyatakan adalah seperti membantu guru dengan lebih memahami tentang perkara kejiranan iaitu hubungan antara ibubapa, masyarakat dan sekolah. Selain itu, juga dapat menolong guru dalam mengurangkan klonflik dan ketegangan antara guru dengan ibubapa. Menurut Yahya (2005), pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaum keluarga mereka juga turut berperanan dan melibatkan diri dalam mencapai kejayaan anak-anak mereka.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru atau ringkasnya PIBG adalah satu organisasi yang dibentuk oleh pihak pentadbir institusi pendidikan atau sekolah dengan kerjasama ibubapa di mana anak-anak mereka belajar di institusi pendidikan atau sekolah berkenaan. Matlamat asal penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperolehi faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Selain itu juga, untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka dari segi kewangan untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan untuk membantu dalam memajukan perkembangan murid, meningkatkan keceriaan premis sekolah dan ibu bapa boleh memberi cadangan atau membuat aduan tentang perkara-perkara demi kebaikan anak-anak mereka.

ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, mempertingkatkan dan memperkukuh mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.
Isu-isu dan masalah dalam sistem pendidikan:
a)      Ekuiti Pendidikan
·         seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
b)      Tenaga pengajar
·         Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan.
c)      Kesan globalisasi
·         Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya cosmopolitan.
e)Sahsiah Pelajar
·         tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

PENDIDIKAN DAN GLOBALISASI
Trend globalisasi juga telah mencetuskan pelbagai faedah dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia sebagai tindak balas kepada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam meningkatkan kualiti hidup. Antara faedah tersebut adalah dari segi:
a)      Keperluan terhadap pembelajaran berterusan
·         membangunakan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan.
·         Membolehkan individu membangunakan kelebihan-kelebihan terpendam.


b)      Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat
·         Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.
c)      Pengurusan pendidikan
·         membantu dan mempermudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan
·         meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
·         Mengurangkan beban pengurusan dalam melaksanakan tugasan yang pelbagai.
·         Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
d)     Pembentukkan jati diri pelajar
·         dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh  pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka.
e)      Kualiti guru
·         berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas
·         memahami perkembangan teknologi
·         mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif

RUMUSAN
Kesimpulannya, sekolah dan persekitaran amat penting untuk melahirkan generasi yang berkualiti. Hal ini kerana, Memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu meningkatkan kualiti pendidikan pelajar merupakan faktor terpenting dalam membantu pihak pentadbir dan guru di sekolah, pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri, seterusnya pihak tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia. Persekitaran sekolah perlu diberi perhatian dari beberapa aspek seperti sokongan pelajar dan sokongan guru-guru serta sokongan daripada pihak pentadbir sekolah

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gary, W.D dan Robert Witherspoon, R. 2011. The Power of Family School Community Partnerships: A Training Resource Manual. National Education Association.

Jarzabkowski L.M. 2002. The social dimensions of teacher collegiality Journal of Educational Enquiry 3(2): 1-20.

Tableman, B. 2004. School climate and learning. Best Practice Beliefs 31: 1-10.

Sheldon, S.B. dan Epstein J.L. 2004. Getting Students to School: Using Family and Community Involvement to Reduce Chronic Absenteeism. The School Community Journal. 14(2): 39-56.


Siti Aliah, Suhaimi Taat, dan Jamaluddin, 2016. Permuafakatan dengan komuniti dalam pendidikan: Peranan Transformasi dan komunikasi pengetua.
BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuahorganisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat inidisokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbangkepada matlamat organisasi.
Alam Pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu lingkungan belajar. Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan pendidik agar dapat terjadi proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan , penguasaan kemahiran dan tabiat , serta pembentukan sikap dan kepercayaan pada peserta didik. Dengan kata lain, pembelajaran adalah proses untuk membantu pendidik agar dapat belajar dengan baik. Menurut Sanjaya (2011-2014), Pembelajaran merupakan suatu sistem yang kompleks yang keberhasilannya dapat dilihat dari dua aspek yaitu aspek produk dan aspek proses. Keberhasilan pembelajaran dilihat dari sisi produk adalah keberhasilan siswa mengenai hasil yang diperoleh dengan mengabaikan proses pembelajaran. Keberhasilan pembelajaran dilihat dari sisi hasil memang mudah dilihat dan ditentukan kriteriannya, akan tetapi hal ini dapat mengurangi makna proses pembelajaran sebagai proses yang mengandung nilai-nilai pendidikan

ISI PENTING
1. Persediaan ke alam sekolah
Menurut Fess, Reeve, Niswonger & Warren (2002) persediaan merupakan sejumlah bahan-bahan yang disediakan dan bahan-bahan dalam proses yang terdapat dalam perusahaan untuk proses produksi, serta barang-barang jadi, produksi yang disediakan untuk memenuhi permintaan dari konsumen atau langganan setiap waktu. Manakala akam sekolah pula ialah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar. Sesuatau tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah juga dianggap sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

I.         Konsep pengajaran
Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.

II.      Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam  latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.   Pembelajaran serta potensi pelajar dapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.  Menurut  Lemlech (1988),  ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai oksigen dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan produser dan sumber pengajaran. Selain itu beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

2. Kajian sekolah

Kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
   Menurut Ebbut (1985), kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan  melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut 
Selain itu, menurut McNiff (1988), mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru lain.

3. Rancangan orentasi sekolah (ROS)

I.         Konsep
1. Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah.
2. Terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
3. Pendedahan awal tentang alam persekolahan.

II.      Objektif ini memberi peluang kepada guru :
1. Menyesuaikan diri
2. Meninjau persekitaran
3. Mengumpul maklumat tentang pengurusan, kurikulum, dan prasarana
4. Membuat pemerhatian aplikasi teori P&P dalam bilik darjah.
5.  Merekod pengalaman melalui folio
6.  Memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan

KESIMPULAN
Pengurusan alam pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan alam pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. 

RUJUKAN
Brent Daries, John West- Burnham (2009) Menyusun Semula Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Zol Azlan Hamidin, Institut Terjemahan Negara Malaysia.
John West- Burnham (2009) Mengurus Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal, Institut Terjemahan Negara Malaysia
Roald F. Campbell, John E. Corbally, Raphael O. Nystrand (2008) Pengenalan      Pentadbiran Pendidikan, Terjemahan Abdul Rahman Md. Aroff, Zaidatol       Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias, Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Sonia Blandford (2009) Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah,      Terjemahan Bahariah Yusuf, Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Zaidatol Akamliah Lope Pihie & Foo Say Fooi (2003) Pengurusan & Kepimpinan             Pendidikan, Satu Langkah Ke Hadapan ; Penerbit Universiti Putra Malaysia


PROGRAM KEPIMPINAN MUDA

Program Kem Kepimpinan Muda. Program ini dijalankan di bawah subjek Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kami p...