BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan
dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuahorganisasi untuk mencapai sesuatu
maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat inidisokong oleh
pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbangkepada
matlamat organisasi.
Alam Pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik dengan pendidik dan
sumber belajar pada suatu lingkungan belajar. Pembelajaran merupakan bantuan
yang diberikan pendidik agar dapat terjadi proses pemerolehan ilmu dan
pengetahuan , penguasaan kemahiran dan tabiat , serta pembentukan sikap dan
kepercayaan pada peserta didik. Dengan kata lain, pembelajaran adalah proses
untuk membantu pendidik agar dapat belajar dengan baik. Menurut Sanjaya (2011-2014), Pembelajaran merupakan suatu sistem yang kompleks yang keberhasilannya
dapat dilihat dari dua aspek yaitu aspek produk dan aspek proses. Keberhasilan
pembelajaran dilihat dari sisi produk adalah keberhasilan siswa mengenai hasil
yang diperoleh dengan mengabaikan proses pembelajaran. Keberhasilan pembelajaran dilihat dari sisi hasil memang mudah dilihat
dan ditentukan kriteriannya, akan tetapi hal ini dapat mengurangi makna proses
pembelajaran sebagai proses yang mengandung nilai-nilai pendidikan
ISI PENTING
1. Persediaan ke
alam sekolah
Menurut Fess, Reeve, Niswonger & Warren (2002)
persediaan merupakan sejumlah bahan-bahan yang disediakan dan bahan-bahan dalam
proses yang terdapat dalam perusahaan untuk proses produksi, serta
barang-barang jadi, produksi yang disediakan untuk memenuhi permintaan dari konsumen
atau langganan setiap waktu. Manakala akam sekolah pula ialah sebuah tempat
untuk mengajar dan belajar. Sesuatau tempat untuk memberi dan menerima
pendidikan formal. Sekolah juga dianggap sebagai pusat menimba ilmu khusus
kepada kanak-kanak bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
I.
Konsep pengajaran
Pengajaran
merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang
meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan
menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan
menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar
pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran
sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal,
menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain
akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses
komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara
guru dengan pelajar.
II.
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
komponen penting dalam latihan perguruan kerana murid tidak boleh
belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah. Pembelajaran
serta potensi pelajar dapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta
mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan
pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan. Menurut Lemlech (1988), ibaratkan pengurusan
bilik darjah sebagai oksigen dalam kehidupan di bilik darjah
yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan produser dan sumber pengajaran. Selain itu beliau juga menekankan kepentingan
penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan
perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu
masalah-masalah yang mungkin timbul.
2. Kajian sekolah
Kajian tindakan
merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu
mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia
ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru,
pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Ebbut (1985), kajian tindakan sebagai
suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap
usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui
tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat
tindakan tersebut
Selain itu,
menurut McNiff (1988), mendefinisikan kajian
tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti
pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menyedari amalan
mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut, dan bersedia
untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan
oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru lain.
3. Rancangan orentasi
sekolah (ROS)
I.
Konsep
1. Bertujuan
memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah.
2. Terbentuk
berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
3. Pendedahan
awal tentang alam
persekolahan.
II.
Objektif ini memberi peluang kepada guru :
1. Menyesuaikan
diri
2. Meninjau
persekitaran
3. Mengumpul
maklumat tentang pengurusan, kurikulum,
dan prasarana
4. Membuat
pemerhatian aplikasi teori P&P dalam bilik darjah.
5. Merekod pengalaman melalui folio
6. Memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan
KESIMPULAN
Pengurusan alam
pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena
pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi
pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai
prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan alam pembelajaran
adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat,
menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh
guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin
dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau
pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.
RUJUKAN
Brent Daries, John
West- Burnham (2009) Menyusun Semula Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Zol Azlan Hamidin, Institut
Terjemahan Negara Malaysia.
John West- Burnham
(2009) Mengurus Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal, Institut Terjemahan Negara Malaysia
Roald F. Campbell,
John E. Corbally, Raphael O. Nystrand (2008) Pengenalan Pentadbiran Pendidikan, Terjemahan Abdul Rahman Md. Aroff,
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie,
Habibah Elias, Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Sonia Blandford
(2009) Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah, Terjemahan Bahariah Yusuf, Institut
Terjemahan Negara Malaysia.
Zaidatol Akamliah Lope Pihie & Foo Say
Fooi (2003) Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan,
Satu Langkah Ke Hadapan ; Penerbit Universiti Putra Malaysia
No comments:
Post a Comment