Tegur : Membetulkan bukan Menghukum
Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik…”Kita hidup pada zaman yang serba canggih, segalanya berada di hujung jari dan gadjet seolah-olah telah menjadi bayang-bayang manusia pada hari ini.
(An-Nahl: 125)
Perkembangan teknologi ini sering dimanfaatkan oleh para mendakwah untuk menyampaikan pesanan-pesanan Tuhan secara lebih mudah dengan sasaran dakwah yang lebih tinggi.
Saya agak aktif di media sosial, sayang menghabiskan hampir sejam sehingga tiga jam sehari untuk meniliti perkembangan yang sedang berlaku di sana, termasuk tulisan-tulisan sahabat maya yang ada.
Secara umumnya saya melihat budaya ‘menegur kesalahan’ dalam kalangan penghuni maya semakin subur, namun malangnya terlalu ramai daripada golongan ini yang terlupa asas-asas menegur yang telah digariskan oleh agama.
Kegopohan dalam menghukum seseorang dengan bahasa yang kurang sopan dan penuh emosi telah memerangkap kebanyakkan orang tanpa mengira latar pengetahuan agama mereka.
Tegurlah dengan nama Tuhanmu!
Terlalu banyak panduan yang boleh kita temui melalui bahan bacaan yang tersedia di media sosial atau buku-buku agama berkenaan memberi teguran.Hari ini saya ingin berkongsi beberapa, mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada kita semua.
Segala hal yang dilakukan di muka bumi ini adalah berlandaskan niat, jadi seperti mana Imam Nawawi meletakkan hadith berkenaan niat dalam Hadith 40 Imam Nawawi, saya akan meletakkan niat dalam senarai kaedah memberi teguran.
Sekiranya niat kita untuk memberi peringatan kepada saudara kita, maka pasti kita datang dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
Berbeza jika niat asalnya adalah semata-mata untuk menghukum dan memalukan, pasti kaedah yang kasar dan agresif akan menyusul.
Kedua, tegurlah tanpa memalukan sesiapa.
Apabila teguran dan nasihat yang kita berikan mendatangkan rasa malu terhadap orang maka kemungkinan besar teguran yang kita berikan akan menjadi sia-sia.
Manusia penuh dengan emosi dan sensitiviti yang perlu dijaga, dan jika saya ditegur dalam keadaan memalukan diri, maka saya akan berasa sakit hati dan dizalimi membuatkan saya merasakan teguran yang diberikan adalah semata-mata untuk memalukan.
Solusi yang paling mudah untuk tidak memalukan orang yang ditegur, maka tegurlah secara rahsia atau berdua.
Al Hafizh Ibnu Rajab berkata:
Apabila para salaf hendak memberikan nasihat kepada seseorang, maka mereka menasihatinya secara rahasi. Barangsiapa yang menasihati saudaranya secara berdua maka itulah nasihat. Dan barangsiapa yang menasihatinya di hadapan orang banyak maka sebenarnya dia mempermalukannya.”Seterusnya, nasihatlah seseorang dengan bahasa yang sopan dan lemah lembut.
(Jami’ Al ‘Ulum wa Al Hikam, halaman 77)
“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut.” (QS. Ath Thaha: 44)Islam adalah agama yang tegas terutamanya berkaitan akidah, namun Islam bukanlah agama yang bengis dalam bab memberi tegursan sesama muslim.
Manusia yang kita ingin tegur adalah mereka yang berkemungkinan besar telah melakukan kesilapan lantaran kurangnya kesedaran atau hati yang sudah sedikit keras dan angkuh terhadap Tuhan.
Sekiranya kita datang dengan cara yang keras, menyentapkan dan bengis, maka pastinya orang yang ingin didakwah akan berasa diintimidasi.
Saya selalu mengingatkan kepada diri saya, jangan kerana kesilapan saya memberi teguran kepada manusia lain berkenaan Tuhan, dia semakin menjauh daripada Tuhan, itu benar-benar mimpi ngeri.
Kita juga harus sedar bahawa teguran yang kita terima tidak semestinya akan diterima oleh semua orang.
Kita harus sedar bahawa kita hanyalah orang yang menyampaikan kalimah-kalimah Tuhan, bukanlah orang yang akan melemparkan hidayah ke hati manusia, itu kerja Tuhan.
Kita juga seharusnya memperingatkan diri kita, boleh jadi kita salah menilai situasi sebenar sehingga tersalah faham dengan tindakan mereka yang kita ingin tegur.
Oleh itu, penting juga untuk kita memberikan ruang kepada orang yang kita tegur untuk memberi penjelasan tentang kejadian sebenar yang mungkin kita telah tersalah anggap.
Ibnu Hazm Azh Zhahiri mengatakan:
Janganlah kamu memberi nasihat dengan memberi syarat nasihatmu harus diterima. Jika kamu melanggar batas ini, maka kamu adalah seorang yang zalim…”Ada banyak lagi tips dan kaedah untuk menegur yang dianjurkan oleh agama, saya menyenaraikan beberapa dengan harapan para pembaca akan cuba untuk terus mengkaji dan mencari lagi kaedah-kaedah yang mungkin sesuai untuk diamalkan ketika menegur seseorang.
(Al Akhlaq wa As Siyar, halaman 44)
Sebelum mengakhir tulisan ringkas ini, saya ingin membawakan satu kisah yang agak popular tentang kaedah menegur yang telah ditunjukkan oleh cucu Rasulullah SAW;
Diceritakan cucu Rasulullah s.a.w., Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin ada menyaksikan seorang tua yang berwuduk secara yang tidak betul. Dengan bijaknya mereka cuba mencari penyelesaian untuk menegur orang tua tersebut supaya orang tua itu tidak berkecil hati atau terasa malu. Lantas mereka memanggil orang tua tersebut dan meminta tolong agar dia menilai cara berwuduk mereka berdua, mana yang salah dan mana yang betul. Selepas melihat cara berwuduk kedua-dua cucu Rasulullah s.a.w. itu, orang tua tersebut sedar akan kesilapannya dan berkata,”Kamu berdua tidak salah. Kedua-duanya betul”. Dalam hatinya beliau berkata “cara aku yang salah rupa-rupanya”.
Saya percaya kebijaksanaan dalam menegur sentiasa memenangi hati manusia berbanding menggunakan kaedah kekarasan dalam melakukan teguran. Islam adalah agama kasih sayang!
Kesimpulan
Saya ingin memberi peringatan kepada diri sendiri dan para pembaca, teguran yang kita berikan adalah untuk mengajak semula seseorang ke jalan tuhan.
Teguran jauh sekali untuk mengundang rasa sakit hati terhadap mereka yang kita tegur dan bukanlah instrument untuk memalukan seseorang.
Moga-moga selepas ini kita akan mendahulukan kebijaksanaan dan rasional dalam menegur, dan berhenti memberi keutamaan kepada emosi.
Tegurlah dengan nama Tuhanmu!
No comments:
Post a Comment