BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
PENGENALAN
Sekolah adalah sebuah
institusi sosial yang memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar. Sekolah
cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guru-guru yang bersedia
melakukan perubahan dengan kerjasama yang padu daripada ibu bapa dan
masyarakat. Sejajar untuk menghasilkan pendidikan berkualiti, sokongan dan
kerjasama ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjadikan sesebuah sekolah
itu hebat dan berjaya.
Mengikut,
Jarzabkowski (2002) menyatakan bahawa persekitaran sekolah bermakna semua
keadaan, sumber dan aktiviti saling bersepadu secara langsung atau tidak
langsung yang memberi kesan kepada fungsi sekolah. Persekitaran sekolah merujuk
kepada persekitaran fizikal dan iklim psikososial boleh menetapkan peringkat
persepsi positif guru dan pelajar terhadap sekolah. Tableman (2004) telah
mengenal pasti empat aspek persekitaran sekolah, iaitu:
1. persekitaran fizikal yang mesra dan
kondusif untuk pembelajaran.
2. persekitaran sosial yang menggalakkan
komunikasi dan interaksi.
3. persekitaran yang berkesan yang
menggalakkan rasa kekitaan dan harga diri.
4. persekitaran akademik yang menggalakkan
pembelajaran dan memenuhi diri.
HUBUNGAN
SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
Sekolah adalah satu sistem sosial yang menjadi agen
perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Program sekolah
hanya dapat berjalan lancar apabila mendapat kerjasama masyarakat. Oleh itu,
permuafakatan sekolah dengan komuniti merupakan kunci peningkatan sebuah
sekolah (Gary dan Witherspoon, 2011; Sheldon). Hubungan sekolah dengan komuniti
sebagai strategi terbaik untuk menggalakkan penglibatan komuniti bagi
meningkatkan keberhasilan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang peranan komuniti untuuk
meningkatkan pendidikan pelajar, membimbing sekolah untuk melaksanakan proses
permuafakatan, mengaitkan bantuan kewangan untuk pelajar miskin bagi
meningkatkan penglibatan ibu bapa dan mengupayakan PIBG untuk memainkan peranan
yang lebih besar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012b). mengikut Sheldon dan Epstein (2004) kajian membuktikan
bahawa permuafakatan sekolah dengan komuniti sangat penting untuk mengurangkan
ketidakhadiran murid ke sekolah dengan cara menghubungi keluarga pelajar dan
komuniti tentang kehadiran boleh membantu murid berada di sekolah.
GURU
DAN IBU BAPA
Peranan
ibubapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sangat penting. Ini
kerana kerjasama daripada ibubapa dengan guru telah membawa banyak faedah dan
kebaikan. Antara faedah dan kebaikan yang dinyatakan adalah seperti membantu
guru dengan lebih memahami tentang perkara kejiranan iaitu hubungan antara
ibubapa, masyarakat dan sekolah. Selain itu, juga dapat menolong guru dalam
mengurangkan klonflik dan ketegangan antara guru dengan ibubapa. Menurut Yahya
(2005), pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaum keluarga mereka juga
turut berperanan dan melibatkan diri dalam mencapai kejayaan anak-anak mereka.
Persatuan
Ibu Bapa dan Guru-guru atau ringkasnya PIBG adalah satu organisasi yang
dibentuk oleh pihak pentadbir institusi pendidikan atau sekolah dengan
kerjasama ibubapa di mana anak-anak mereka belajar di institusi pendidikan atau
sekolah berkenaan. Matlamat asal penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan
kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperolehi faedah yang
maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Selain
itu juga, untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak
mereka dari segi kewangan untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan
untuk membantu dalam memajukan perkembangan murid, meningkatkan keceriaan
premis sekolah dan ibu bapa boleh memberi cadangan atau membuat aduan tentang
perkara-perkara demi kebaikan anak-anak mereka.
ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk
menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya
mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang
ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali.
Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, mempertingkatkan
dan memperkukuh mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi
masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang
pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas
sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.
Isu-isu dan masalah dalam sistem pendidikan:
a)
Ekuiti
Pendidikan
·
seperti sumber
pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
b)
Tenaga pengajar
·
Kekurangan
tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan
pendidikan pendidikan yang berkesan.
c)
Kesan
globalisasi
·
Fenomena ini
disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan
bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang
mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya
cosmopolitan.
e)Sahsiah Pelajar
·
tabiat merokok
di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya
di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
PENDIDIKAN DAN GLOBALISASI
Trend globalisasi juga telah mencetuskan pelbagai
faedah dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia sebagai tindak balas kepada
keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam meningkatkan kualiti
hidup. Antara faedah tersebut adalah dari segi:
a)
Keperluan
terhadap pembelajaran berterusan
·
membangunakan
sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang
diperlukan.
·
Membolehkan
individu membangunakan kelebihan-kelebihan terpendam.
b)
Penggunaan
teknologi telekomunikasi dan maklumat
·
Beberapa
penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat
merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara
keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.
c)
Pengurusan
pendidikan
·
membantu dan
mempermudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan
·
meningkatkan
kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
·
Mengurangkan
beban pengurusan dalam melaksanakan tugasan yang pelbagai.
·
Menyimpan data
mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang
dikendalikan pentadbir dan guru.
d)
Pembentukkan
jati diri pelajar
·
dunia hari ini
banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada
pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada
tugasan yang diberikan oleh pengajar.
Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial
pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka.
e)
Kualiti guru
·
berupaya
memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas
·
memahami
perkembangan teknologi
·
mempunyai sifat
berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif
RUMUSAN
Kesimpulannya,
sekolah dan persekitaran amat penting untuk melahirkan generasi yang
berkualiti. Hal ini kerana, Memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu
meningkatkan kualiti pendidikan pelajar merupakan faktor terpenting dalam
membantu pihak pentadbir dan guru di sekolah, pegawai di Pejabat Pelajaran
Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri, seterusnya pihak tertentu di Kementerian
Pelajaran Malaysia. Persekitaran sekolah perlu diberi perhatian dari beberapa
aspek seperti sokongan pelajar dan sokongan guru-guru serta sokongan daripada
pihak pentadbir sekolah
RUJUKAN
Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan
2001-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Gary,
W.D dan Robert Witherspoon, R. 2011. The Power of Family School Community
Partnerships: A Training Resource Manual. National Education Association.
Jarzabkowski
L.M. 2002. The social dimensions of teacher collegiality Journal of Educational
Enquiry 3(2): 1-20.
Tableman,
B. 2004. School climate and learning. Best Practice Beliefs 31: 1-10.
Sheldon,
S.B. dan Epstein J.L. 2004. Getting Students to School: Using Family and
Community Involvement to Reduce Chronic Absenteeism. The School Community Journal. 14(2):
39-56.
Siti
Aliah, Suhaimi Taat, dan Jamaluddin, 2016. Permuafakatan dengan komuniti dalam
pendidikan: Peranan Transformasi dan
komunikasi pengetua.
No comments:
Post a Comment