Monday, 31 December 2018

PROGRAM KEPIMPINAN MUDA


Program Kem Kepimpinan Muda. Program ini dijalankan di bawah subjek Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kami pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling semester 4 menjalankan program ini di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua, Selangor Darul Ehsan. Pada 17 November 2018 (sabtu) ianya berlangsung. Mempunyai 4 slot dijalankan. Program kepimpinan ini merupakan satu pendekatan dalam bimbingan dan kaunseling yang digunakan untuk memberi pendedahan dalam bimbingan dan kaunseling yang digunakan untuk memberi pendedahan yang terancang kea rah pembentukan sikap yang positif, melahirkan keyakinan diri yang mantap, serta meletakkan aspek nilai murni bagi membentuk pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan berkaliber dalam memimpin. Program ini juga mampu membentuk kepimpinan pelajar-pelajar berteraskan sahsiah. Dalam melakukan pelbagai aktiviti seperti slot “ada apa pada nama” ianya mampu membina jati diri pelajar untuk lebih kuat dan hebat sebagai seorang pemimpin pada masa akan datang. Kami merancang untuk pelajar-pelajar dengan melaksanakan program kepimpinan untuk melahirkan “role model” berkempinan yang berkaliber.

Image result for leadership

            Di dalam program ini, ianya memberikan kesan yang impak terhadap pelajar-pelajar kerana kebanyakkan pelajar-pelajar ini daripada sekolah kluster. Hasil yang akan didapati melalui program ini adalah melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik dalam kepimpinan pada masa akan datang. Selain itu, ianya juga membina jati diti pelajar yang utuh untuk menjadi pelajar yang lebih berkeyakinan dalam memikul tanggungjawab dan amanah yang dipegang. Membantu pelajar untuk menjadi suri teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain berteraskan aspek toleransi dan berintegriti. Program ini juga mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar yang mempunyai permasalahan untuk berhadapan dengan orang ramai. Untuk menjadi pemimpin kita perlu berani dalam berhadapan dengan semua orang, kerana ianya salah satu cara untuk kita menjadi pemimpin yang di hormati dan mempunyai banyak kelebihan. Program ini juga bukan sahaja menjadikan pelajar-pelajar berani, tetapi ianya mengajar bakal-bakal pemimpin ini untuk menjadi pemimpin yang merendah diri dan sentiasa menerima semua orang di sekeliling mereka. Untuk menjadi pemimpin, kita perlu menambah ilmu dan meningkatkan kelebihan yang ada dalam diri pelajar-pelajar.
Semasa program kami banyak melakukan aktiviti senaman dan juga “ice-breaking“ untuk kami menarik perhatian mereka dan merapatkan hubungan antara murid sekolah rendah dengan kami. Bukan itu sahaja dalam aktiviti kami memerlukan tenaga yang lebih kerana murid-murid yang begitu aktif sepanjang aktiviti. Aktiviti pertama adalah “ice-breaking” di mana kami menggunakan nama haiwan untuk pembahagian kumpulan agara mereka lebih rapat dan kenal anatara satu sama lain. LDK yang kami gunakan ialah ‘Ada Apa Pada Nama’ dimana aktiviti mengajak murid-murid untuk mengenal rakan dan juga diri mereka dari sudut positif dan bagaimana mereka melihat diri mereka adakah positif mahupun negatif. Kebanyakan murid memberikan respon yang baik tentang aktiviti ini.
Seterusnya. “Pandang-pandang, Cerita-cerita, Lukis-lukis” aktiviti yang menguji kepercayaan dan juga kefahaman mengenai sesuatu perkara yang memerlukan komunikasi dan juga penyelidikan yang lebih dalam. Sebagai pemimpin kita seharusnya meneliti sesuatu khabar agar tidak tersalah membuat keputusan dalam membela kebenaran. Akhir sekali adalah ‘siapakah Dia’ aktiviti yang menutup mata dan mereka harus mendengar arahan ketua mereka sahaja dan akan ada halangan-halangan dalam mereka melalui jalan untuk sampai ke destinasi. Jadi mereka perlulah mendengar arahan ketua tanpa ada sikap prejudis, tidak menghormati dan sebagainya dalam menjayakan sesuatu misi tersebut. Kami juga melakukan aktiviti “energizer” untuk murid-murid bagi menaikkan semangat agar mereka tidak berasa bosan dalam mengikuti aktiviti ini. Bahkan kami juga menerapkan sikap hormat-menghormati sesama mereka sebagai pemimpin muda.
Sebelum program dijalankan, saya mendapati beberapa perkara yang membuatkan diri saya masih tertanya-tanya mengenai program yang perlu dijalankan bagi melengkapi kehendak tugasan kami ini. Saya tertanya-tanya mengenai tema yang ingin dibawa sewaktu ingin menjalankan program yang dirancang. Selain itu, saya agak bimbang kerana ini merupakan program luar yang memerlukan kami untuk bekerjasama dengan sekolah dan menyampaikan ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Tambahan pula setelah mengetahui bahawa sekolah yang akan kami laksanakan program adalah sekolah jenis kluster.

Image result for leadership quotes

Saya amat berterima kasih kepada rakan sekerja saya yang lain kerana saling memberikan idea dan ilmu untuk kami bawa ke sekolah tersebut iaitu SK Kuala Kubu Bharu Dua, Selangor. Terdapat juga permasalahan sehari sebelum hari program iaitu kereta yang kami ingin gunakan untuk dijadikan pengangkutan ke sekolah tersebut terlibat dalam kemalangan. Jadi saya agak bimbang kerana urusan kenderaan adalah di bawah tanggungan saya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi pada malam sebelum hari kejadian di mana sahabat saya sudi meminjamkan keretanya untuk kami gunakan. Kereta itu digunakan oleh ahli kumpulan kami dari kalangan pelajar perempuan seramai empat orang manakala kami seramai tiga orang pelajar lelaki menunggang motosikal masing-masing untuk ke sekolah itu sejauh 30 km.
Semasa menjalankan program, kami berasa tertarik dengan murid-murid di sekolah tersebut. Pada awalnya, murid-murid tersebut agak pemalu kerana mungkin mereka masih tidak mengenali kami, namun setelah kami melaksanakan ice-breaking dan senaman pagi, mereka mula menunjukkan minat kepada aktiviti yang kami jalankan sehinggalah ke akhir program. Perasaan saya pada masa itu adalah agak gementar kerana mereka merupakan murid-murid terpilih dalam kalangan pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya dan juga pengawas pusat sumber sekolah. Tambahan lagi mereka adalah murid sekolah kluster. Oleh itu, kami agak berhati-hati dari segi tingkah laku dan layanan kami kepada mereka. Untuk menarik fokus murid-murid ini, LDK yang dijalankan perlu direndahkan tahap capaiannya, hal ini menjadi halangan kepada kami untuk menggunakan perkataan yang tinggi aras kefahamannya.
            Selepas program selesai, saya mendapati terdapat beberapa perubahan yang menyedarkan diri saya sebagai seorang pelajar dan bakal pendidik suatu hari nanti. Kemahiran mengurus program sememangnya suatu yang asas yang perlu saya miliki agar tidak mempunyai masalah bila berada di sekolah suatu hari nanti. Selain itu, program ini membantu saya meningkatkan keyakinan diri untuk berurusan dengan orang ramai dan menarik perhatian orang ramai untuk menumpukan perhatian pada saya. Program ini memberikan banyak manfaat kepada saya lebih-lebih lagi berkaitan dengan ilmu yang ingin disebarkan kepada khalayak ramai.

 Image result for leadership quotes


Sunday, 30 December 2018

Layakkah Aku Di Sini ?


Siapa aku kalau aku bukan di ISMP Bimbingan & Kaunseling ini? Bolehkah aku bertahan sejauh ini kalau aku bukan di UPSI sebagai pelajar kaunseling? Tidak, aku pasti tidak jawapannya.Aku harapkan kisah ini mampu menjadi renungan si pembaca yang berhati mulia, yang sudi menghayati cerita.
Aku pernah memohon untuk masuk ke universiti lain, tapi hampir kesemua yang aku pohon tidak diterima. Dan ya, UPSI lah tempat aku berbakti kerana aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat degree dalam bidang yang telah ku sebutkan. Sepanjang dua tahun aku di sini banyak benda yang berlaku. Program, aktiviti seharian, kuliah, semua aku tempuh. Macam-macam ragam manusia yang aku jumpa. Dari kelas bawahan mahupun yang berautoriti. Apa yang ingin dikisahkan di sini adalah aku juga manusia, mereka juga manusia. Banyak perkara yang dilalui. Ketawa, tangis, gembira, duka semua dilalui. Tapi aku kira tu semua proses pembelajaran. Di mana di siniaku banyak belajar untuk menjadi seorang yang bakal menerajui sistem pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang berjiwa luhur.
Aku menganggap semua masalah yang dihadapi di sini sebagai titk mula yang menentukan sama ada aku mahu terus melangkah atau terus rebah. Dengan memegang satu kata-kata dari seorang yang menjadi idola hisupku “Lakukan kerana Allah, kalau Allah redha, semua yang kita buat pasti mendapat ganjaran daripada-Nya”. Dan sebab itu aku tidak putus asa hingga ke hari ni. Aku tak mahu kisah perjalanan hidupku dalam proses pembelajaran terhenti di sini kerana aku mahu terus menimba dan mencari ilmu yang boleh membawa aku ke jalanNya. Dengan ada kata-kata dari pensyarah di sini, “Andai ingin berehat, biarlah bila kita sudah capai ke tujuan kita”. Oleh itu, aku mahu, dan mahu terus berusaha hingga aku berjaya.

Image result for surah al imran ayat 159

Sebagai seorang bakal pendidik dan juga bakal guru bimbimngan dan kaunseling, aku tidak mahu mengambil jalan mudah untuk berjaya. Kerana setiap waktu yang terlepas, aku akan membazirkan sebuah pengalaman yang patut aku timba untuk dijadikan sebuah plot cerita tatkala tua. Ini merupakan permulaannya di mana aku akan terus berusaha hingga berjaya.
Kalau bukan pelajar bimbingan dan kaunseling aku bukanlah siapa-siapa dalam mengejar erti kehidupan belajar. Ya aku tahu, orang akan berkata di mana-mana boleh menimba ilmu. Tapi bagi aku, peluang yang aku peroleh ini tidak semua mampu miliki dan aku amat menghargainya kerana orang-orang yang aku jumpa dalam tempoh pengajian ini telah banyak menyajar aku erti mencari realiti kehidupan yang penuh liku. Dibenci, dihina, dikutuk, ditikam dari belakang, itu menjadi perkara yang akan memberikan aku pengalaman besar dalam berurusan dan berhubung dengan manusia. Aku tidak boleh menyalahkan sesiapa. Kerana setiap orang bermacam ragamnya. Fokus pada kemampuan diri dan cuba pertingkatkannya, itulah aku. Dan itulah yang sedang aku lakukan sehingga sekarang. Aku yakin aku mampu menyatukan hati-hati manusia yang bermacam ragam ini walapupun tidak semua yang boleh terima tetapi setidaknya ada sesuatu yang boleh dilakukan.

Image result for friendship

Kerana itu, aku mungkin tidak memperoleh banyak pengalaman seperti ini kalau bukan di sini tempatku…

Saturday, 15 December 2018

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENGERTIAN SOSIOLOGI

Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff  (1985), Sosiologi Pendidikan, sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.

1.1 PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN

 Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat. Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia dalam kelompoknya.
Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi  asal perkataan Latin sosio bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology (Prinsip-Prinsip Sosiologi). Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer telah mengerakkan sosiologi  sebagai suatu bidang pengkajian. Ahli sosiologi abad ke 20 merupakan pembaharuan sosial. Kebanyakannya bekas paderi atau anak-anak paderi dan hampir semuanya berasal dari luar bandar. Perbandaran dan perindustrian menyebabkan pelbagai masalah sosial dan mereka cuba mencari jalan penyelesaian saintifik. Karya-karya mereka diterbitkan di dalam The American Journal Of Sosiology 1895. Jilid ini mengandungi syor-syor penyelesaian masalah sosial tetapi sedikit sekali tentang penyelidikan yang menguji sama ada syor-syor tersebut dapat dilaksanakan.
 Di Amerika Syarikat, Lester F.ward menerbit karya Dynamic Sociology (Sosiologi Dinamik 1895) yang menyeru agar kemajuan sosial dibuat secara perbuatan sosial yang cerdik dan pakar-pakar sosiologi harus memberi panduan. Pelopor sosiologi terdiri daripada ahli-ahli falsafah sosial. Mereka membentuk sistem-sistem pemikiran yang begitu luas, tetapi tidak begitu membuat penyelidikan dan tidak menguji bukti serta mengukur sistem-sistem tersebut. Mereka tidak mengumpul dan mengelaskan fakta dan kemudian membentuk teori-teori mereka daripada fakta itu. Sebaliknya, pelapor-pelapor ini memikirkan teori-teori dan kemudian mencari fakta untuk menyokong teori mereka. Mereka menyeru agar penyelidikan dibuat, tetapi tidak begitu membuat penyelidikan sendiri. Mereka memulakan langkah pertama kerana suatu sains sosiologi perlu wujud terlebih dahulu sebelum sains sosiologi dapat dibina seterusnya.
Sosiologi pendidikan lahir daripada penyatuan di antara sosiologi dan pendidikan. Bidang sosiologi pendidikan berkembang secara berasingan oleh para pendidikan dan ahli sosiologi. Disiplin sosiologi pendidikan telah menempuhi beberapa masalah di dalam usaha menetapkan satu identiti.  Sosiologi pendidikan telah lebih dipengaruhi oleh para sosiologi seperti Auguste Comte, Emile Durheim, Herbert Spencer, Edward Ross, Charles Cooley, Albion small dan Lester Ward jika dibandingkan dengan pengaruh para pendidik seperti Horace Mann , John Dewey dan Franklin Bobbit. Pada mulanya bidang ini telah dikaji sebagai Educational Sociology dan merupakan suatu bahagian kajian pendidikan. Pada awal abad iaitu di antara 1914-1926, kajian  Educational Sociology telah berkembang dengan begitu pesat sekali.
Pada tahun 1930an, jurnal-jurnal sosiologi telah banyak mengandungi penyelidikan. Sejak itu sosiologi mula menjadi suatu bidang pengetahuan saintifik dengan teori-teori yang berdasarkan pemerhatian saintifik dan tidak lagi berdasarkan syor-syor yang dibuat tanpa penyelidikan. Namun begitu kira-kira pada tahun lima puluhan , sosiologi pendidikan tidak begitu hangat lagi, malah menjadi terlalu dingin. Hakikat ini disebabkan oleh kurang minat dan perbalahan di antara para pendidik dan para sosiologi.
 Kini, beberapa isu telah membawa kesan pendidikan sosial bersama. Hal ini telah membangkitkan minat dan kepentingan sosial pendidikan menjadi lebih hangat semula jika dibandingan dengan awal abad dahulu. Isu-isu penting ini membuka jalan untuk para sosiologi dan para pendidik membincangkan semula. Perkara yang sering dikaji ialah isu tentang kebangkitan birokrasi dan teknologi, peranan kerajaan di dalam pendidikan, jenayah, dadah dan delinkuensi, pertumbuhan metropolis, kelas sosial, bangsa, etnik, kemajmukan kebudayaan pencapaian murid, kecerdasan akal, ketidaksamaan sosial dan sebagainya. Perhubungan di antara  sosiologi dan pendidikan diakui  dan dikukuhkan lagi. Begitu juga dengan minat  di kalangan para sosiologi tentang bidang sosiologi pendidikan sebagai pengetahuan yang bersatu telah dibangkitkan juga.
Pada masa ini, kajian sosiologi pendidikan sangat aktif. Bidang sosiologi pendidikan tidak mungkin diambil alih sepenuhnya oleh pendidik seperti masa dahulu. Isu-isu pendidikan kini dapat dianalisa dan diterangkan dengan lebih baik dan lebih bermakna dengan menggunakan pengetahuan sosiologi dan pengetahuan pendidikan. Hal ini akan menyebabkan sosiologi pendidikan terus mantap dan berkembang pada masa akan datang.

1.2 PENDEKATAN KAJIAN DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Pendekatan kajian dalam sosiologi pendidikan terbahagi kepada dua aspek iaitu pendekatan mikro dan pendekatan makro. Pendekatan makro berkait rapat dengan teori-teori dalam sosiologi pendidikan iaitu teori fungsionalisme dan teori konflik manakala pendekatan mikro pula berkait rapat dengan teori interaksionisme.

PENDEKATAN MAKRO

Ahli sosiologi mengkaji peristiwa yang berlaku dalam masyarakat dengan mengkaji secara makro iaitu bagaimana perlakuan sosial manusia dipengaruhi oleh masyarakatnya. Sebagai contoh kajian ini meninjau tentang pandangan pengguna perpustakaan di negara Malaysia. Kajian jenis ini memerlukan responden yang mewakili keseluruhan pengguna perpustakaan. Maka pengumpulan data perlu dijalankan secara makro untuk melihat sejauh mana perpustakaan menolong pengguna dan adakah perpustakaan menyediakan keperluan pengguna dan apakah halangan penggunaannya. Ia melibatkan soalan kaji selidik (questionnaire).

Teori Fungsionalisme

Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat. Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaia iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan.
Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa mesti memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja pada masa kini untuk memastikan suasana di dalam dan di luar sekolah lebih harmoni. Teori ini biasanya digunakan secara survey atau tinjauan yang telah disediakan berdasarkan kaji selidik (questionnaire). Teori ini banyak digunakan di institusi atau sekolah-sekolah di Malaysia.

Teori Konflik

Apa yang tidak boleh dijawab oleh teori fungsionalisme akan dijawab oleh teori konflik. Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara individu dan kumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau pendapat masing-masing. Melalui pendekatan ini , pengkaji dapat mengkaji secara tinjauan (survey) yang akan ditanya berdasarkan soalan kaji selidik (questionnaire) yang telah disediakan. Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi masalah di sesebuah institusi iaitu sebagai contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbullah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah. Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak. Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya. Maka tercetuslah konflik ke atas jiwa kanak-kanak tersebut. Jadi dengan menggunakan pendekatan makro ini, para pengkaji dapat mengetahui apa masalah yang selalu timbul dalam jiwa masyarakat.

PENDEKATAN MIKRO

Ahli sosiologi mengkaji peristiwa yang berlaku ke atas individu dalam masyarakat dengan berasaskan sudut pandangan individu tersebut. Pendekatan ini digunakan dalam teori interaksionisme. Kajian yang menggunakan pendekatan mikro selalunya menggunakan kaedah berbentuk kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan temu bual secara individu. Sampel kajian selalunya kecil dan terdiri dari sebuah darjah dan sebuah sekolah sahaja.


Teori Interaksionisme
Lebih memfokuskan kepada proses di mana pengkaji akan mengkaji seorang responden sahaja dan hanya di sebuah sekolah yang dipilih sahaja. Pendekatan mikro merupakan sistem yang bukan dipaksa kerana ia mempunyai kebebasan tersendiri terutamanya dalam menginterpretasikan pendapat sendiri dalam sesuatu situasi. Mana-mana kumpulan bebas menyuarakan pendapat masing-masing. Teori ini menekankan pendapat responden dan bukan dari pendapat pengkaji itu sendiri. Temu bual ini dijalankan secara mendalam dan lebih terperinci (face-to-face) bersama responden yang dipilih tersebut. Pendekatan mikro ini jarang digunakan di institusi dalam mengatasi masalah-masalah di sesebuah institusi kerana setiap institusi lebih menekankan kepada pendekatan makro.
Terdapat beberapa aspek yang boleh dititikberatkan dalam menggunakan pendekatan mikro iaitu simbol, perkataan dan bahasa. Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan individu dan emosinya. Kajian mendapati individu, emosi, perlakuan dan tindak balas mereka di analisa melalui interaksi sesama individu dalam proses sosial mereka. Interaksi yang dilalui hari–hari dapat menjana pemahaman dan peranan individu itu kerana dalam interaksi mereka banyak menggunakan simbol – simbol, tanda – tanda, isyarat dan kata – kata. Melalui interaksi simbol ini, individu akan memperlihatkan emosi sama ada suka atau duka, gelisah atau tenang (melalui perlakuan fizikal), mimik muka dan kata–kata. Kemudian mereka mengintepretasi situasi, bertindak dan mencipta serta mengubah sesuatu situasi itu kepada situasi yang mereka kehendaki. Dari aspek perkataan contohnya, simbol atau simbolik itu dipenuhi dengan kiasan. Kadangkala terlalu banyak kiasan boleh menimbulkan kekeliruan dan konflik dalam masyarakat kerana tidak semua perkataan bentuk kiasan di fahami, dinilai dan diterima secara saksama antara individu dalam satu situasi itu. Seperti contoh untuk menerangkan suatu kesalahan itu, guru berkias agar pelajar tidak berasa sakit hati dengan teguran guru. Namun begitu tidak semua pelajar akan beranggapan begitu. Dari aspek bahasa pula, boleh dikatakan bahasa Melayu menggunakan banyak simbol dan simbolik terutamanya dalam bahasa Melayu klasik, di dalam puisi, dalam ceritera dan hikayat Melayu klasik dan kitab–kitab lama. Simbol–simbol dalam interaksi banyak digunakan dalam sekolah kerana ia digunakan untuk menganalisa secara terperinci mengenai individu pelajar dan emosi mereka agar perlakuan dan tindak balas pelajar mengenai sesuatu situasi itu boleh diramal.

1.3 TEORI-TEORI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Perspektif teori digunakan oleh saintis untuk menyediakan penghuraian yang logik mengapa kejadian-kejadian berlaku dan bagaimana ianya boleh berlaku (Ballantine 1989). Teori menjadi pemandu untuk meneliti bagaimana dunia sosial beroperasi. Interpretasi teori mungkin berlainan dalam membincangkan data-data yang sama. Teori-teori umum sosiologi pendidikan masih terbahagi kepada makro dan mikro dan terdapat tiga aliran yang utama iaitu:
·         Teori struktul fungsionalisme
·         Teori konflik
·         Teori interaksionisme


  TEORI  FUNGSIONALISME

Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling bergantung antara satu sama lain. Contoh yang kita dapat lihat ialah, pelajar akan bergantung pada guru untuk mendapatkan ilmu, guru bergantung pada kurikulum yang akan mereka gunakan untuk mengajar dan kurikulum ini dibentuk oleh mereka yang bertugas di Jabatan Kurikulum. Ia berfungsi untuk memastikan masyarakat itu bergerak. Tujuan ia adalah untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat untuk kestabilan negara. Pendekatan fungsionalisme boleh disamakan seperti bahagian anggota badan yang mempunyai peranan masing-masing dan setiap anggota itu bergantung di antara satu sama lain untuk berfungsi.
Ahli sosiologis, iaitu Durkheim (1858-1917), adalah orang yang pertama mula mengaplikasikan teori ini dalam kajian yang berkaitan dengan pendidikan. Beliau mementingkan tentang bahagian-bahagian dalam masyarakat yang masing-masing mempunyai struktur dan fungsi tertentu untuk perpaduan dan kepaduan di antara mereka dan ia akan menggerakkan masyarakat tradisi kepada masyarakat moden.
Andaian teori fungsionalisme:
·         Segala yang dilakukan oleh sekolah dipersetujui oleh semua pihak dalam masyarakat.Melalui persetujuan inilah wujud keadilan dan keharmonian dalam sistem persekolahan,hubungan baik di antara murid dan guru, dan ibu bapa dan sekolah.
·         Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan akan berkejasama untuk mencapai kestabilan dan keharmonian masyarakat.

      TEORI FUNGSIONALISME DALAM PENDIDIKAN

Fungsi utama sekolah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan tingkah laku yang dikehendaki untuk memastikan kesejahteraan ahli masyarakatnya. Mengikut teori ini,tugas utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dengan norma, nilai-nilai dan peraturan yang terdapat dalan sesebuah masyarakat. Sebagai contoh Durkheim dalam bukunya Moral Education (1961) mengaitkan fungsi sekolah dan hubungannya dengan masyarakat.
Menurut beliau nilai moral merupakan asas peraturan sosial dan masyarakat yang disemai dalam kanak-kanak melalui sistem pendidikannya. Setiap pihak dalam masyarakat perlu berganding bahu menolong dan menyokong antara satu sama lain untuk memastikan fungsi dan peranan setiap pihak berjalan dengan lancar supaya matlamat yang ditetapkan boleh tercapai bersama. Teori fungsionalisme seterusnya menekankan kepada aspek memilih dan melatih. Mengikut teori ini semua kanak-kanak akan mendpat peluang yang sama untuk menyumbang kepada perkembangan masyarakatnya. Mereka yang berjaya akan mendapat kedudukan paling tinggi dalam hierarki masyarakatnya. Teori ini juga menekankan kepada struktur dan fungsi organisasi.Sebagai contoh,dalam sesebuah sekolah kita dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk dan bagaimana setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi dan matlamat yang telah ditetapkan. 

 TEORI KONFLIK
Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing. Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam masyarakat yang sering bertelagah. Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan di mana golongan atasan akan menguasai kuasa, kekayaan, kebendaan,k ehormatan dan berpengaruh. Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan bahagian mereka.

andaian teori konflik:
·         Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik.
·         Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh persaingan-persainagan ekonomi.
·         Aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisis sosial adalah kritikan

      TEORI KONFLIK DALAM PENDIDIKAN

Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan teori konflik dengan pendidikan.B eliau mengaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar tentang status budaya. Hubungan di antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik di antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang dalam” yang mana status budayanya diperkukuhkan melalui pengalaman sekolah, manakala “orang luar” berdepan dengan halangan untuk mencapai kejayaan mereka di sekolah. Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap, tingkah laku, kemahiran, intelektual dan sosialisasi.
Mengikut ahli yang mengkaji teori konflik jawatan berstatus tinggi dalam masyarakat akan dikuasai oleh mereka yang berasal daripada keluarga sosioekonominya tinggi manakala jawatan berstatus rendah pula dipegang oleh mereka yang datang daripada keluarga yang tahap ekonominya rendah. Teori konflik menunjukkan bahawa wujudnya pelajar adalah untuk mengisi susun lapis masyarakat.Susun lapis ini wujud mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga mereka. Randal Collins ( Collins, 1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang mementingkan “credential” iaitu satu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Mereka yang datang daripada keluarga yang berpengaruh pasti akan menikmati keistimewaan ini untuk mendapat jawatan tinggi dalam masysarakat.
Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya. Contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah. Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak. Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya. Konflik yang tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari ini telah menbuat mereka terpaksa menerima tekanan dan sekiranya gagal mereka dilabelkan sebagai pemalas dan lembap.

TEORI INTERAKSIONISME

Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro. Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial. Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti. Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-1931). Manakala ahli yang menerapakn teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves dalam bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And Education”.
Teori ini lebih menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat yang terlibat terutamanya guru dan murid. Mereka juga melihat kepada aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah. Contohnya, mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru. Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat. Blackledge dan Hunt (1985) telah menggalurkan beberapa andaian yang selalu digunakan oleh perspektif mikro. iaitu:
Aktiviti harian: Kita mesti melihat aktiviti harian kerana semua aspek kehidupan manusia melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian. Sistem pendidikan dihidupkan oleh aktivit-aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh guru-guru, murid-murid, pentadbiran dan seumpamanya. Perubahan dalam pendidikan adalah hasil daripada aktiviti harian.
Kebebasan: Aktiviti harian bukan merupakan sesuatu yang dipaksakan oleh masyarakat tetapi aktiviti-aktiviti yang kita lakukan masih mempunyai autonomi dan kebebasan yang tersendiri.
Makna: Setiap perlakuan manusia mempunyai makna yang tersendiri kepada si pelakunya. Makna bukan diberi oleh budaya tetapi dibentuk daripda budaya oleh si pelakunya.
Interaksi: Aktiviti harian jarang merupakan aksi persendirian semata-mata tetapi ianya melibatkan interaksi dengan orang lain. Misalnya apabila guru menyoal, murid mungkin mengangkat tangan untuk menjawab. Guru perlu menginterpretasi makna angkat tangan tersebut, sama ada murid mengangkat tangan ingin menjawab soalan, tidak faham, ingin mengelak diri atau tidak mahu dianggap bodoh.
Rundingan: Makna dan interpretasi bukanlah sesuatu yang statik dan tidak berubah. Manusia selalu mengubahsuai pandangan mereka. Mereka selalu berkongsi pemahaman.Perkongsian ini diperolehi melalui proses rundingan.
Pendekatan subjektif: Kita perlu menginterpretasi sesuatu aktiviti atau perlakuan mengikut kaca mata si pelaku itu sendiri.
Berdasarkan apa yang telah saya baca, memang terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori. Sebagai perbandingan didapati bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli-ahli fungsionalisme dan konflik ialah bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan bagaimanakah perubahan sosial berlaku. Manakala ahli-ahli teori interaksionisme simbolik lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan sosial. Dengan kata lain penganalisisan mereka berbeza daripada aspek makro dan mikro.

RUJUKAN:

Amir Hasan Dawi (2002) penteorian sosiologi dan pendidikan (edisi kedua). Tajung Malim : Quantum Books
Amir Hasan Dawi, 2006,Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi ketiga, Quantum Books,Tanjong Malim
Ballantine, J.H. (2001). The Sociology of Education: A Systematic Analysis. New Jersey: Practice Hall
Banks, O. (1968) . The sociology of Education . New York. Schocken Books.
 Brookover, W.B. (1949). Sociology of Education: A definition. American sociological Review

Sharifah Alwiah Alsagoff. ( 1985 ). Sosiologi Pendidikan Petaling Jaya , Selangor : Heinemann Educational Malaysia.
BAB 2: PENGURUSAN PEMBELAJARAN


PENDAHULUAN

Pengurusan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Oleh itu, sistem ini turut mempengaruhi cara pengajaran seseorang guru itu juga. Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain. selain itu, pengurusan juga merupakan satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Manakala menurut Shukur (1988), pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.

ISI PENTING

Antara isi penting yang terdapat dalam bab ini ialah pengurusan sekolah, pengurusan ini merangkumi semua aspek yang ada disekolah. Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Hal ini kerana klien dan bahan mentahnya merupakan manusia. Begitu juga dengan sumber dan matlamatnya yang berkait rapat dengan manusia. Selain itu, kumpulan sasarannya pula tergolong daripada kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam tempoh masa perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial. oleh itu, apabila ada pengurusan sekolah maka perkembangan kanak-kanak dan remaja itu akan berkembangan dengan baik pada masa akan datang. Disamping itu, sekolah juga mempunyai matlamat utama yang berkait dengan pendidikan. Pendidikan pula mempunyai kaitan dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan manusia.
          Berdasarkan tajuk ini, manusia merupakan modal insan atau asset utama sesebuah negara. Oleh itu, setiap perkembangan manusia perlu dipantau dengan baik agar perkembangannya boleh memberi kesan positif kepada semua perkara. Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah organisasi sekolah yang dinamis iaitu mempunyai pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. Namun, menurut Senge (2000) pula menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, masih konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa. Lantaran itu, pengurusan strategic dikalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting bagi mewujudkan sekolah yang berkesan.
Isi penting yang seterusnya ialah mengenai pengurusan menambah pengetahuan. Dimana dalam pengurusan yang betul yang diterapkan dalam pembelajaran melaui seseorang guru tersebut juga turut mempengaruhi kadar penambahan ilmu. Guru yang berpandangan jauh akan membuat persiapan sebelum proses mengajar dijalankan melalui bahan mengajar, rujukan bahan dan cara mudah untuk memudahkan pelajar memahami apa yang diajar. Isi seterusnya ialah pengetahuan bagi seseorang murid. Dimana pengetahuan seseorang murid turut juga berkait rapat dengan kaedah yang digunakan seorang guru dalam mengajar sesuatu mata pelajaran.
 Selain itu juga, pengetahuan asas yang ada didalam diri pelajar juga memudahkan proses penerimaan pembelajaran itu berlaku. Berkaitan dengan pelajar sendiri yang mana membuat ulangkaji awal dengan membaca terlebih dahulu bab yang akan disampaikan oleh guru untuk persiapan diri sebelum guru mengajar bab tersebut sekaligus dapat memberi kelebihan kepada pelajar tersebut dan mudah untuk pelajar tersebut memahami. Tambahan lagi, pengurusan meningkatkan mutu amalan kerja guru juga adalah salah satu isi penting dalam sesebuah profesion lagi – lagi seorang pendidik. Melalui pengurusan guru – guru dapat menjalankan tugasan dalam mendidik pelajar denganlancar. Lagi – lagi isi adalah melalui pengurusan juga dapat meningkatkan kecekapan produktiviti semasa mengajar dan yang paling penting boleh memberi manfaat yang baik kepada semua manusia.

MATLAMAT PEMBELAJARAN

  1. Pendidikan ialah sistem
“Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.” (Aristotle: 384 S.M. – 322 S.M.)

  1. Pendidikan ialah proses
“Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.” (John Dewey: 1933)

  1. Pendidikan ialah penambahan ilmu
“Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang.” (Stuart Mill)

  1. Pendidikan ialah mendidik
“Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar, latihan dan indoktrinasi.” (Ducasse)

KONSEP DAN PENGERTIAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM

Dalam Islam, tarbiah, ta’dib dan ta’lim bergabung untuk melahirkan insan terdidik berilmu, mempunyai kesedaran, menghayati dan menginsafi serta beramal.

KESAN PENDIDIKAN MALAYSIA
WARGANEGARA YANG BAIK
Dimensi interinsik
Dimensi instrumental
  • Percaya dan patuh kepada tuhan
  • Berilmu
  • Berketrampilan
  • Berakhlak
  • Bertanggungjawab
  • Sejahtera diri
Berupaya memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemakmuran :
  • Keluarga
  • Masyarakat
  • negara

TAHAP PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH
TAHAP
PERKARA
1)      Perancangan

2)      Implementasi

3)      Penilaian
Ø  Analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum
Ø  Pelaksanaan sebenar kurikulum di bilik darjah
Ø  Penilaian bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum


PRINSIP PENGAJARAN

1.      Merancang
Pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan :
Ø  Set induksi: aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian
Ø  Penyampaian: Apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, aras pencapaian
Ø  Penutup: mengukuh isi, penilaian, merumus

2.      Kepelbagaian teknik
Ø  Memerlukan kreativiti guru.
Ø  Mengekalkan tumpuan pelajar
Ø  Unsur kepelbagaian(ambil kira faktor masa, jumlah murid, bahan dankesukaran

3. Penglibatan pelajar
Ø  Bersifat dua hala, mesra, kondusif, aktif
Ø  Semua terlibat/ tiada yang tersisih
Ø  Interaksi lebih membina
Ø  Contohnya Menyoal, beri pandangan, pendapat, masalah, melaku dan berhujah.

3.      Ambil kira perbezaan individu
Ø  mempunyai keupayaan, minat dan bakat berbeza. Perhatian perlu diberi di atas kewujudan uinsur kepelbagaian tersebut. Langkahnya beri perhatian, ulang-ulang isi, latih tubi, darjah kesukaran kurikulum perlu diambil kira. Guru perlu peka kepada reaksi pelajar seperti bising, resah, murung, tiada reaksi, lesu dan lain-lain kerana ini mencerminkan reaksi terhadap pengajaran guru Guru perlu sentiasa muhasabah sepanjang proses mengajar dengan kecerdikan akal budinya.

4.      Pengalaman sedia
Ø  kaitkan p&p dengan pengalaman sedia pelajar contoh: ulang pelajaran lepas, soal jawab pengalaman lalu, ceritakan pengalaman, kata kunci ini penting sebelum guru memulakan pengajaran kerana murid sukar menerima pelajaran “secara mengejut” dalam keadaan “vakum”

5.      Merangsang pemikiran murid
Ø  melalui soalan, “cabar minda”, “ramalan”,”fikir bersama” kata kunci: Jangan terus puas hati dengan jawapan pertama pelajar. Berikan “provokasi”
Menurut Gagne (1974) menyatakan pembelajaran adalah:
ü  Perubahan pemikiran
ü  Perubahan kebolehan
ü  Perubahan tingkah laku
ü  Berkaitan dengan minat, sikap dan nilai yang dipegang dan diamalkan
ü  Pembelajaran memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan lebih bermakna

PRINSIP PEMBELAJARAN

Ø  Latihan – murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru
Ø  Kondusif: suasa pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani Bermatlamat: pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sisitematik dari senang ke susah, maujud ke abstrak dekat kepada jauh.
Ø  Penglibatan aktif: pelajar perlu dilibatkan dalam proses p&p. supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna
Ø  Persediaan awal: Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid
Ø  Mengkaji murid: analisis terhadap minat, kecenderungan, bakat, keperluan
Ø  Unsur dorongan: Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid. Elakkan merendahkan keupayaan. Banyakkan pujian, sokongan, penghargaan guru.

FAKTOR MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR

Ø  Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afaktif dan kemahiran
Ø  Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat Dorongan: penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat
Ø  Sosial dan persekitaran: ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat
Ø  Pengalaman sedia: murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran


KAJIAN UNTUK MENINGKATKAN STANDARD KUALITI

Apakah yang patut dikaji :
  • Kaedah pembelajaran semasa
  • Teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan semasa
  • Isu-isu dan perubahan sistem pembelajaran kini
  • Buku teks
  • Perbandingan sosiologi murid zaman kini

RUMUSAN 

Berdasarkan tajuk pengurusan dan pembelajaran ini apa yang dapat saya rumuskan adalah pengurusan itu adalah amat penting bagi setiap gerak kerja yang dilakukan lagi – lagi bagi seorang pendidik yang ingin mendidik perlulah mempunyai pengurusan yang betul untuk menjadikan pengurusan itu berjalan lancar dan mencapai objektif yang ingin kita tuju.

RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob (2004), “Malay Images in Economic Affairs: Viewing Through The Lenses of A Malay”, Paper Presented at the Second International Conference on Malay Civilization, Kuala Lumpur, Malaysia.

Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. New York: D.C. Heath and Company.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2001). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Penilaian Dasar Tentang Pencerapan Pengajaran Oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Ketua Bidang di Sekolah Menengah, Kuala Lumpur

Kementerian Pendidikan (1961). Akta Pelajaran 1961, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1961. Kementerian Pendidikan Malaysia(2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 2001.


Stoner, J.A.F.,(1984). Management, Prentice-Hall, Inc., Englewood Cliffs, New Jersey.

PROGRAM KEPIMPINAN MUDA

Program Kem Kepimpinan Muda. Program ini dijalankan di bawah subjek Pengurusan dan Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kami p...